Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»Nak Bagi Nampak Ceria, Wanita Ini Kongsi Hasil ‘Makeover’ Tandas Rumahnya
    Bilik air

    Nak Bagi Nampak Ceria, Wanita Ini Kongsi Hasil ‘Makeover’ Tandas Rumahnya

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 27, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Walaupun tandas rumah tidak mempunyai apa-apa masalah atau kerosakan namun, tiada salahnya untuk kita menghas sedikit ruang tersebut untuk menaikkan ‘mood’ supaya kelihatan ceria. Itulah tujuan utama Hazwani membuat keputusan untuk ‘makeover’ tandas rumahnya ini. Apabila tandas nampak ceria, automatik ‘mood’ kita juga akan turut ceria. Walaupun pada sebelum ini tular sebuah kes tentang bahayanya memasang wallpaper tetapi baginya, perkara ini bergantung pada individu itu sendiri. Jika tanpa wallpaper tetapi penjagaan tandas tidak diambil berat, sama juga. Jadi secara logiknya, jika tandas sudah cantik, kita tidak akan membiarkannya menjadi kotor.

    Hazwani juga menunjukkan proses makeover tandas yang lebih jelas untuk panduan anda.

    VIEW IN GALLERY

    Gambar keseluruhan tandas rumah. Sebelum deko, dia sudah memikirkan tema yang sesuai untuk tandas ini. Semua wallpaper adalah kalis air.

    VIEW IN GALLERY

    Bahagian ini hanya terdapat 1 penyangkut pakaian.

    VIEW IN GALLERY

    Penyangkut yang digunakan adalah dari jenis kayu dan diletakkan 2 jenis supaya mudah untuk menyangkut pakaian.

    VIEW IN GALLERY

    Bahagian ini tiada perubahan yang besar kerana tidak perlu dipenuhi dengan perhiasan.

    VIEW IN GALLERY

    Sedikit perubahan diberikan dengan hanya menggunakan wallpaper hitam supaya tidak kelihatan terlalu suram. Penyangkut dipakai yang sedia ada.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil selepas pemasangan wallpaper. Tidak perlu aksesori yang banyak. Cukup sekadar wallpaper, ‘mood’ terus berubah dan sebuah pokok artificial diletakkan kerana tidak mahu terlalu kosong.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil selepas pemasangan wallpaper dari Shopee yang mengambil masa sehari untuk disiapkan. Rujuk pada pautanĀ  cara kemasan wallpaper ini.

    VIEW IN GALLERY

    Selain dari masalah penyangkut, masalah berkaitan storage mandian ini adalah ia penuh sedangkan yang digunakan hanya 1 – 2 barang.

    VIEW IN GALLERY

    Setelah disusun atur semula. Alatan yang tidak dipakai disimpan untuk lebih lapang. Kelebihan memakai jenis grid adalah dapat mengurangkan penggunaan paku.

    Kredit: Raja Nurhazwani

    idea 'makeover' tandas idea deko tandas projek makeover tandas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHampir 20 Tahun Dengan Kayu Jati, Selera Deko Berubah Kepada Ala Scandinavian
    Next Article Tidak Menarik & Hambar, Surau Ini Di’Makeover’ Jadi Lebih Berseri & Cantik

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.