Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Panduan Kabinet Dapur Aluminium, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
    Dapur

    Panduan Kabinet Dapur Aluminium, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 9, 2023Updated:October 12, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Masa untuk mengubahsuai dapur atau sedang merancang memasang kabinet dapur untuk rumah baru? Aluminium adalah salah satu pilihan bahan popular untuk kabinet dapur disebabkan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan. Seperti namanya, ia diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa melibatkan sebarang penggunaan bahan derivatif kayu. Sekiranya anda tidak biasa dengannya, ini panduan tentang kabinet dapur aluminium.

    Panduan Mengenai Kabinet Dapur Aluminium

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet dapur aluminium penuh tidak hanya terhad kepada pintu/panel hadapan, tetapi pelbagai bahagian lain seperti panel belakang, carcass, laci dan rak.

    Antara Keistimewaan & Kelebihan:

    – Tidak menghakis, tidak mudah terbakar

    – Selamat, bebas anai-anai, anti-karat

    – Datang dengan kemasan sleek

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    1. Tahan Lasak, Teguh & Kuat

    Kelembapan dan haba adalah perkara biasa di dapur. Aluminium satu-satunya bahan yang boleh menahan kedua-duanya tanpa terjejas.

    2. Prestasi Berkekalan

    Rahsia tahan lama terletak pada ketebalan dan struktur carcass. Carcass aluminium tebal memberikan sokongan lebih baik dan tidak mudah bengkok.

    3. Kalis Air

    Sebarang sisa lembapan daripada peralatan dapur tidak akan membahayakan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    4. Tahan Bahan Kimia

    Permukaan aluminium dikelilingi lapisan oksida nipis, menjadi perlindungan semulajadi terhadap bahan kimia lemah. Aluminium adalah logam yang sangat stabil yang tidak bertindak balas dengan sebarang tumpahan cecair berasid ringan termasuk cuka dan sos tomato.

    Warna powder-coated pada frame kabinet aluminium tidak luntur atau kusam apabila terkena air.

    5. Tidak Berbau & Bersih

    Permukaan aluminium yang tidak berliang menghalangnya daripada menjadi tempat pembiakan/pertumbuhan bakteria, kulat dan mikroorganisma berbahaya.

    6. Kemudahan Pembersihan & Penyelenggaraan

    Kebersihan boleh dikekalkan dengan hanya mengelap kotoran, habuk dan gris dengan kain lembap.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Semoga membantu pemilik-pemilik rumah memilih kabinet dapur aluminium yang terbaik!

    Kredit: BLENO

    idea kabinet dapur kabinet dapur aluminium panduan kabinet dapur aluminium
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Rumah Berkonsepkan Farmhouse Moden Dengan Warna Tema Neutral
    Next Article Dekorasi Apartment Bertemakan Soft Grey Dengan Campuran Tona Cool & Warm

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.