Pencahayaan, bahagian menyeronokkan dalam proses renovasi dan dekorasi rumah. Fixture dan mentol lampu boleh menjadi ‘statement’ dan menambah gaya ke mana-mana ruang. Shade lampu juga boleh memberikan impak besar terhadap apa yang kita rasakan terhadap sesuatu ruang. Kebanyakan berfikir mentol hanya sesuatu yang dilekatkan dalam lampu untuk melihat dalam gelap. Namun mentol yang betul boleh memberikan banyak faedah kepada rumah.
Semua mentol dalam sebuah rumah ini dikemas kini, menggantikan jenis incandescent dengan LED cekap tenaga, menjimatkan wang dan memberikan setiap fixture rupa bergaya. Datang dalam pelbagai suhu warna, perhatian ditumpukan kepada rona cahaya dan perasaan yang diinginkan dalam setiap ruang. Ini panduan untuk pencahayaan dan ronanya untuk dipertimbangkan untuk rumah.
Panduan Memilih Pencahayaan Untuk Setiap Ruang Rumah
Entryway
Mempunyai lampu ‘tanglung’ yang dijadikan sebagai lampu malam dan dibuka sepanjang masa, mentol yang menjimatkan tenaga diperlukan selain menambah cahaya amber yang warm.
Ruang Tamu
Ruang penuh kemeriahan sambil menjadi tempat untuk relaks, pencahayaan akan disesuaikan dengan keperluan. Tetapan yang membolehkan kita mendapatkan semua rona cahaya dalam 1 mentol dipilih.
Dapur
Memerlukan cahaya mencukupi untuk memasak dan berkumpul/pencahayaan lembut dan mood untuk makan seperti Daylight, Bright White dan Warm White.
Bilik
Seharusnya berasa tenang dan selesa, Warm White/Bright White mewujudkan ruang relaks untuk berehat.
Bilik Air
Rona cahaya yang lebih ‘sejuk’/terang seperti Daylight.
Patio Outdoor
Memandangkan lampu dibuka waktu malam dan sering menyinari dalam rumah, rona cahaya lebih warm seperti Soft White dipilih.
Apa yang anda ingin rasakan dalam setiap ruang? Pilih suhu cahaya yang akan mewujudkan perasaan tersebut.
Kredit: XO, MaCenna
Facebook
RSS