• HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
Hias.my
  • HOME
  • Idea Dekorasi
  • Dapur
  • DIY
    • Idea Kreatif
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Seni bina
    • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
  • Ruang Makan
  • Facebook

  • RSS

DIY

Panduan & Tips Pasang Window Static Cling Film. Mudah Kalau Tahu Cara

Panduan & Tips Pasang Window Static Cling Film. Mudah Kalau Tahu Cara
Nurul Husna MD
February 14, 2021
Mohon share tanda suka

Kali ini, kami ingin kongsikan panduan dan tips pemasangan window static cling film. Mudah sahaja jika dibuat dengan cara dan peralatan yang betul. Modal pun murah iaitu RM 13.90 segulung bersaiz 45 cm dari Mr. DIY. Selain memasang blackout dan day curtain, tingkap ‘frosted’ begini juga lebih privasi tetapi cahaya masih tetap masuk.

VIEW IN GALLERY

Alatan:

1. Static cling film. Kira kepanjangan yang diperlukan. Lebihkan 2 – 4 cm untuk setiap tingkap
2. Pisau
3. Pembaris
4. Kain buruk
5. Squeegy/sudip silikon
6. Air sabun
7. Tangga

VIEW IN GALLERY

Cuci cermin sebersihnya. Buang lapisan cling film lama dan cuci, kemudian lap bersih untuk menghilangkan sebarang kesan air. Pastikan bulu kain buruk tidak melekat pada cermin.

Sembur air sabun bahagian atas. Kerja ini perlu dilakukan dengan pantas kerana apabila air sabun meleleh ke bawah, ia perlu disembur lagi sebelum memasang cling film.

VIEW IN GALLERY

Gunakan selotep pada bucu untuk membantu menanggalkan lapisan plastik dalam 1/4 panjang tingkap.

Jika air sabun sudah kering, sembur lagi untuk memudahkan gerakan di’adjust’. Perlahan-lahan lekatkan bahagian cling film yang sudah dibuka lapisan plastik pada bahagian atas. Pegang kuat atau lekatkan tape sementara ke tingkap.

Angkat bahagian bawah cling film, sembur air sabun dengan banyak ke semua permukaan cermin. Jika tidak, cling film akan melekat kuat. Apabila ingin dibuka atau ditukar, ia akan melekat seperti gam dan meninggalkan bekas.

Tanggalkan lapisan plastik sehingga habis dan ratakan cling film ke cermin dengan tangan. Betulkan jika senget. Sewaktu membetulkan, lebih mudah jika bawah film terdapat banyak air sabun.

VIEW IN GALLERY

Sembur bahagian luar pula untuk memudahkan pergerakan squeegy. Jika tidak, akan menjadi kesat.

Mulakan dari tengah, ratakan dan keluarkan semua gelembung angin dan air dengan menolak atau menarik ke tepi. Sesudah selesai, lekapkan pembaris di bahagian tepi lebihan cling film dan potong. Kemaskan bahagian tersebut dengan squeegy.

Lap semua dengan kain buruk. Jika terdapat ‘imperfection’, baikinya.

VIEW IN GALLERY

Terdapat kurang 15 mm pada kiri kanan setiap tingkap.

VIEW IN GALLERY

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dinas Elni

Related Itemscara pasang window cling filmpanduan pemasangan cling filmtips pasang window cling film
Click to add a comment

Leave a Reply

Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DIY
February 14, 2021
Nurul Husna MD
Related Itemscara pasang window cling filmpanduan pemasangan cling filmtips pasang window cling film

More in DIY

  • Read More
    DIY Rak Penyidai Tuala Dari Paip PVC Elak Tuala Berlapuk. Kukuh Pun Kukuh

    Mohon share tanda suka Siapa yang sedang atau pernah menghadapi masalah tuala yang berlapuk? Apa puncanya? Jelas...

    Nurul Husna MD February 28, 2021
  • Read More
    Hasil Kerja Dari Paip PVC Jadi Macam-Macam Barang. Kreatif Wanita Ini!

    Mohon share tanda suka Kami sentiasa kagum dan ‘tabik’ dengan golongan wanita yang pandai dan mahir dalam...

    Nurul Husna MD February 25, 2021
  • Read More
    DIY Rak Letak Barang Dapur Guna 3 Alatan Sahaja. Mudah Dan Jimat!

    Mohon share tanda suka Pasti ramai yang memerlukan rak untuk menyimpan barangan dapur supaya ruang dapur lebih...

    Nurul Husna MD February 24, 2021
  • Read More
    DIY Hiasan Dinding Tulisan Khat. Hasil Tetap Cantik Macam Beli Kedai

    Mohon share tanda suka Urusan menjadi lebih mudah sekiranya terdapat ahli keluarga yang berbakat dan gemar dalam...

    Nurul Husna MD February 24, 2021
Scroll for more
Tap

Like Hias.MY di FB

Facebook Pagelike Widget




Hias.my

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Subscribe to our Newsletter

Copyright © 2020 Hias.my

Deko Rumah Flat 650 Sqft Yang Comel Dengan Warna Tema Pink & Putih
Sebelum & Selepas Bilik Tidur Anak Lelaki, Hasil ‘Berguru’ Dari Group Deko