Hampir lebih 10 tahun tidak beroperasi, akhirnya diberi nafas baru. Ini perkongsian seorang lelaki dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang mengenai projek restorasi atau pemulihan sebuah mesin jahit lama peninggalan arwah ibunya. Kebanyakan cat asal sudah tertanggal, namun masih berfungsi dan boleh digunakan.
Inspirasi warna yang diambil.
Proses Pemulihan Mesin Jahit
Sebelumnya hanya rosak di ruang benang bawah, ia di-servis sedikit dan ditambahbaik dengan memasukkan motor elektrik berharga RM 100+ dari Shopee.
Langkahnya, mula-mula, primer dan cat asal berwarna merah dibuang menggunakan Tiger Brand Paint Remover dengan wayar berus (menggunakan gerudi) kerana cat agak tebal. Kemudian di-sanding dengan kertas pasir.
Selepas semua cat tertanggal:
1) Primer 2K04 Epoxy Surfacer Grey
2) Permukaan di-sanding agar licin
3) Warna putih kod 2/102 White sebagai base
4) Warna hijau kod 26/322 Tosca Green sebagai finishing
5) Akhir sekali, epoxy 2K01 Top Coat Clear
Semua cat jenama Samurai Paint.
Hasil Pemulihan Mesin Jahit Lama
Warna emas menggunakan cat dari Mr. DIY. Sebelum itu di-base atau dilapisi dengan warna silver dahulu untuk menaikkan seri emas kelak.
Kini sudah ‘sedap’ mata memandang!
Kredit: Mohamad Ridzuan