Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Pilihan Langsir Dari Mr. DIY Untuk Anda Yang Sukakan Aksesori Ready-Made
    Bilik Tidur

    Pilihan Langsir Dari Mr. DIY Untuk Anda Yang Sukakan Aksesori Ready-Made

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 8, 2020Updated:October 8, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    FB IMG 1602125108496
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sesetengah orang sukakan benda yang mudah dan sudah tersiap di depan mata. Sesetengahnya pula lebih memilih untuk menempah dan membuat sendiri barangan tersebut. Bagi mereka yang lebih menyenangi ‘option’ pertama, perkongsian ini amat sesuai untuk anda. Melalui FB group ‘Kelab Deco Bajet Malaysia’, Noor Hafiza Mohamad telah berkongsi koleksi langsir jenis ready-made dari Mr. DIY untuk ruang tamu, bilik ofis dan bilik tidur rumah sewanya. Jadi, anda yang sukakan aksesori ready-made boleh mencuba cara Puan Hafiza ini.

    Penerangan lanjut:
    – Jenis: kain berat dan blackout
    – Ukuran: lebar 140 cm x 260 cm untuk labuh
    – Harga: berbeza mengikut jenis kain (RM 30 – 50 untuk sekeping)

    VIEW IN GALLERYFB IMG 1602125087625

    Langsir Mr. DIY menjadi pilihan Puan Hafiza kerana ia ready-made dan sudah siap berjahit. Tambahan pula, labuhnya iaitu 260 cm (paling labuh yang dijumpai) sangat bersesuaian dengan ketinggian pintu sliding dan tingkap rumahnya. Ia menjadikan ruang dalam rumah lebih luas. Berbanding langsir dari IKEA, Kaison, Romantika, SuperSave dan HomePro yang labuhnya berukuran 250 cm sahaja.

    VIEW IN GALLERYFB IMG 1602125091054

    Kata Puan Hafiza, untuk mendapatkan beberapa keping langsir dan pilihan warna yang pelbagai, perlu melawati beberapa kedai kerana kebiasaannya stok langsir Mr. DIY adalah terhad di satu cawangan.

    VIEW IN GALLERYFB IMG 1602125104631

    Tetapi untuk rod, Puan Hafiza menggunakan rod dan hook dari IKEA kerana lebih kukuh. Ini kerana rod dari Mr. DIY boleh menyokong 2 keping langsir sahaja dan tidak dapat menampung berat 4 keping langsir.

    VIEW IN GALLERYFB IMG 1602125108496

    VIEW IN GALLERYFB IMG 1602125111276

    Kredit: Noor Hafiza Mohamad

    Idea langsir untuk rumah Langsir mr. Diy Langsir ready-made
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Ruang Dapur Basah & Laundry Menggunakan Konsep Modern Farmhouse
    Next Article Bilik Tidur Bersepah? Gunakan 18 Barang Shopee Ini Untuk Bilik Yang Kemas

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.