Kami ingin kongsikan sebuah projek yang dihasilkan oleh seorang lelaki iaitu Azad Athahiri pada tahun lepas iaitu pembinaan taman mini di rumahnya. Kos keseluruhan pembinaan (termasuk karpet) adalah hampir RM 1K. Ia mengambil masa selama hampir 2 bulan untuk disiapkan namun dia berpuas hati apabila dapat membinanya sendiri dari awal sehingga selesai. Lihat perkongsian yang dibuat oleh isterinya iaitu Tina Rozubi di bawah.
Proses Pembinaan Taman Mini
Gaulkan simen di dalam besen. Buat sedikit demi sedikit.
Gunakan acuan supaya saiz simen menjadi selaras.
DIY Kolam Ikan Portable (Boleh Alih)
Ia dibuat di atas kanvas kerana tidak mahu ia melekat secara permanent pada lantai.
Proses Mengecat
Cat sealer menggunakan jenama Dolphin manakala cat luar menggunakan jenama Baoma.
Sesi Mendeko Dan Bercucuk Tanam
Dalam pasu merupakan pokok Heliconia dan di sebelahnya adalah pokok pisang hiasan. Boleh didapati di nurseri.
Karpet berukuran 6 meter x 2 meter dipasang dari kedai karpet Prima Nilai. Terdapat juga di Shopee.
Hasil Pembinaan Taman Mini Dengan Kos Hampir RM 1K
Water fountain dari kedai secondhand Sungai Buloh.
Ikan kecil-kecil dibeli dengan harga RM 1 seekor.
Menurutnya, projek ini adalah hasil pembelajaran suaminya dari YouTube.
Walaupun proses yang perlahan, tetapi hasilnya pasti memuaskan.
Kredit: Tina Rozubi