Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek Wainscoting Pada Dinding Utama, Ini Perkongsian Pengalaman Projek
    DIY

    Projek Wainscoting Pada Dinding Utama, Ini Perkongsian Pengalaman Projek

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 22, 2021Updated:January 24, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang pengguna Facebook bernama Izzat Azmi telah berkongsi pengalamannya menghasilkan projek wainscoting  di ruang makan dan hall utama rumahnya. Boleh baca perkongsiannya untuk setiap bahagian projek di bawah ini.

    VIEW IN GALLERY

    1) Design Wainscoting + Lukisan Pada Dinding

    Pastikan setiap ukuran dan gap antara frame adalah sama. Izzat menggunakan 10 cm untuk gap setiap frame di atas, bawah, kiri dan kanan. Selepas melukis di kertas, lukiskan pula pada dinding. Lihat design pada dinding sehingga berpuas hati kemudian, mulakan memotong kayu.

    VIEW IN GALLERY

    2) Pemotongan Kayu

    Mitre box adalah alat paling berguna untuk project ini. Sudut 45 atau 90 darjah akan hasilkan kayu yang sharp dan cantik. Pemilihan kayu juga penting dan pastikan ia tidak meleding. Nak mencantumkan chair rail yang mempunyai dinding pelbagai sudut, perlu mengikut kreativiti sendiri dan main dengan filler.

    3) Pemasangan Frame

    Apabila berhadapan masalah dinding tidak rata, hanya fokus untuk mendapatkan sambungan kayu yang cantik.

    4) Gap Filler

    Gunakan Arcylic Sealant untuk mengisi gap antara dinding dan frame. Penutupnya perlu dipotong 45 darjah sebelum meletak filler.

    VIEW IN GALLERY

    5) Cat

    Izzat menggunakan cat yang sama untuk dinding dan frame. Gunakan undercoat white Matex dan sapu sebanyak 2 – 3 kali untuk hasil yang sama cantik seperti cat mahal. Atau selepas undercoat, gunakan Nippon Brilliant White dengan finishing matte.

    VIEW IN GALLERY

    6) Diamond Mirror

    Apabila dipasang pada dinding yang tak sama, semua struktur cermin akan lari. Jadi, gunakan plywood dan tampal cermin di atasnya. Cermin pre-order dari China berharga RM 17 sekaki + kos shipping RM 180.

    HASILNYA:

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kos:

    Cat undercoat White Matex – RM 40

    Cat Nippon Brilliant White 15 L – RM 275

    Kayu wainscoting – RM 600

    Diamond mirror – bawah RM 600

    Gam + filler + mitre box – RM 100++

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Untuk wainscoting pada ruang makan pula akan dikongsikan pada artikel yang akan datang. Teruskan membaca artikel-artikel lain di Hias.my untuk lebih banyak lagi idea design wainscoting.

    Kredit: Izzat Azmi

    diy wainscoting dinding utama idea wainscoting dinding projek wainscoting
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Renovasi Dan Transformasi Rumah Teres Usia Lebih 50 Tahun
    Next Article Projek Wainscoting Pada Dinding Ruang Makan Tema Emerald Green

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.