Arkitek Joe Chikamori (07BEACH), kontraktor Kyuma Design & Construction dan jurutera struktur Stroog telah menghasilkan sebuah projek kawasan perumahan berlokasi di bandar Kyoto utara, dimiliki oleh sepasang suami isteri dan 3 orang anak. Dengan jenis/struktur pembinaan kayu, rumah ini direkabentuk sebagai satu ruang besar, meletakkan ruang tamu double-height di tengah memandangkan pemilik lebih menyukai gaya simple dan pelan terbuka. Kemasannya pula diseimbangkan antara struktur moden rumah dan gaya tradisional Jepun.
Hasil Rekabentuk Rumah Kayu Gaya Simple & Terbuka
1) Keluasan (sq.m.)
- Tapak – 133.85
- Bangunan – 79.50
- Gross floor – 131.19
2) Tempoh
- Rekabentuk – Disember 2015 – September 2018
- Pembinaan – Mac 2018 – Januari 2019
Lantai jubin di bawah kekisi kayu yang mempunyai persamaan dengan interior, mengarah ke dalam rumah.
Ruang tamu seperti sebuah laman dengan pokok indoor.
Hijau di ruang tamu dan di dinding bilik air ‘overlap’ dengan baik.
Di dapur, ruang tamu dan bilik air tingkat bawah, koridor penghubung dan bilik tikar tatami di tingkat 1 dapat dilihat.
Bilik anak-anak tidak ber-partition terletak di atas dapur.
Cahaya matahari dari skylight ‘dilembutkan’ melalui dedaun pokok.
Lantai jubin yang sama dengan bahagian luar meningkatkan rasa lapang bilik air.
Bilik Tikar Tatami
Walaupun ditutup oleh pintu sliding, kehadiran penghuni masih dapat dirasai melalui kekisi.
Laluan bilik menjadi seperti beranda, seolah-olah menikmati pemandangan taman.
Dari bilik, menuruni cerun, melalui hadapan bilik tatami, menuruni tangga dan masuk ke ruang tamu, anak-anak dapat merasai sepenuhnya keluasan rumah dengan struktur ini. Ibu bapa juga sentiasa dapat merasai pergerakan mereka.
Semoga menjadi inspirasi!
Kredit: 07BEACH 設計記
Facebook
RSS