Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Ruang Keluarga Diubahsuai Kepada Perpustakaan Rumah & Ruang Belajar
    Idea Dekorasi

    Ruang Keluarga Diubahsuai Kepada Perpustakaan Rumah & Ruang Belajar

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDApril 20, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pada bulan Januari tahun lepas, Hasma Ismail dan suami selesai mengubahsuai ruang keluarga mereka menjadi sebuah perpustakaan dan tempat belajar anak-anak. Selain impiannya untuk mempunyai ‘home library’ sendiri, anak-anaknya juga dapat belajar dan menyertai kelas online dengan selesa memandangkan pelaksanaan PDPR. Jika dahulu, semua kerja dilakukan di meja makan atau di atas lantai sahaja.

    Ruang yang terletak di tingkat atas dalam rumah teres (unit tengah) ini kecil sahaja iaitu 16 x 9 kaki. Dari susunan perabot, rekabentuk kabinet buku, pilihan warna dan kerja mengecat, semuanya dibuat oleh suami, Mohd Shahril. Akhirnya, inilah hasil ubahsuai ruang keluarga kepada perpustakaan rumah dan ruang belajar untuk mereka sekeluarga.

    Asalnya Ruang Keluarga Dan Tempat Menyimpan Barang

    VIEW IN GALLERY

    Sebelum Ubahsuai

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Setelah Pembinaan Kabinet Buku

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet ditempah dari tukang kayu.

    Kos adalah RM 7K (9 kaki x 10 kaki dan tinggi 8 kaki). Kayunya lebih tebal berbanding rak Billy dari IKEA. Kabinet bawah dibuat sedikit lebar dari rak atas untuk fail-fail dan barang-barang besar.

    VIEW IN GALLERY

    Sebelum Pemasangan Flooring

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Setelah Pemasangan Flooring

    VIEW IN GALLERY

    3 mm vinyl berharga RM 3.80 per sqft dari Modes Wallpaper & Flooring. Kos adalah RM 900.

    Dekorasi Sebelum PKP

    VIEW IN GALLERY

    Hasil Dekorasi Perpustakaan Rumah Terkini

    VIEW IN GALLERY

    • Sofa, meja kopi dan tangga kecil dari IKEA
    • Pokok-pokok palsu dari IKEA dan SSF
    • Meja belajar dan kerusi dari kedai perabot

    Cat dari jenama Dulux Pearl Glo kod warna 28GG 08/229 Acadia Gem dan 10GG 53/030 Souvenir. Kos dalam RM 500.

    Kos untuk perabot lain adalah dalam RM 2K.

    VIEW IN GALLERY

    Jika disusun atur dengan cantik, dapatlah ruang yang juga cantik seperti ini.

    Kredit: Hasma Ismail

    hasil ubahsuai ruang keluarga idea bina perpustakaan rumah idea deko perpustakaan rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article8 Tips Ruang Dalaman Yang Baik Untuk Rumah Pertama Menurut Pakar
    Next Article Jadi Lokasi Penggambaran, Senibina Rumah Kampung Ini Tampil Begitu Menarik

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.