• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Rumah Mini

Rumah Kecil Bersaiz 280 Kaki Persegi SeniBina Jepun Yang Memikat

Rumah Kecil Bersaiz 280 Kaki Persegi SeniBina Jepun Yang Memikat
Rishdan
February 2, 2017
Mohon share tanda suka

Di negara barat, rumah kecil memang tidak asing lagi; di samping kos pembinaan yang rendah yang secara tidak langsung akan menawarkan kebebasan kewangan kepada pemilik rumah, ia juga mampu memberi ruang yang sempurna untuk dijadikan tempat tinggal. Kerana saiz yang lebih kecil kos penyelenggaraan juga akan menjadi lebih murah. Rumah kecil di negara barat biasanya boleh dipindahkan yang sekali lagi menawarkan kelebihan kepada pemilik rumah.

Jika pandai menghias, rumah kecil/mini juga mampu kelihatan luas dan selesa. Kami terpegun dengan idea dari lelaki ini yang mampu buat rumah kecilnya yang memukau. Rumah kecil yang dibina dengan ukuran 280 kaki persegi di Aurora, Oregon ini dihias serba-lengkap dan rumah kecil ini mampu untuk kelihatan mewah.

Dibina oleh Arkitek Chris Heininge, rumah kecil ini telah diilhamkan olehnya semasa menginap di sebuah rumah kecil di Jepun. Rumah dengan ukuran 280 kaki persegi ini dibina dengan menggabungkan pengaruh senibina Jepun (seperti pintu sliding) dan senibina barat. Ruang tamu dihias sempurna dengan kerusi yang seolah-olah menjemput tetamu bertandang.

VIEW IN GALLERYRuang tamu rumah kecil dihias dengan kerusi kayu

Di bahagian dapur rumah ini pula dilengkapi dengan ruang makan kecil yang dilengkapi dengan peti sejuk kecil dan microwave. Di bawah tangga pula terdapat 1500-watt pendiang elektrik yang sangat berguna semasa musim sejuk.

VIEW IN GALLERYRuang dapur rumah kecil English style siap dengan pendiang

Kita boleh lihat dalam gambar di bawah senibina ini sungguh menarik dan teliti dengan penggunaan ruang yang sempurna. Tangga ke tempat tidur di bina dengan set tangga kecil yang penuh seni dan dilengkapi dengan fungsi storage dengan adanya laci di bawah tangga. Memang menarik!

VIEW IN GALLERYTangga kecil siap dengan laci

Tempat tidur di loteng tingkat atas dengan 7 kaki tinggi menawarkan ruang yang cukup untuk seseorang berdiri dan membuat ia kelihatan seperti sebuah bilik tidur yang sebenar.Ruang ini mampu memberikan keselesaan sebagai tempat tidur yang tenang.

VIEW IN GALLERYBilik tidur rumah kecil di loteng

Sangat mengagumkan melihat rumah kecil ini dilengkapi dengan tub mandi jakuzi. Rekaannya sungguh praktikal dan unik. Tingkap kecil dibina untuk memberikan pengudaraan yang sempurna. Rumah kecil ini direka dengan panel tingkap telus cahaya untuk cahaya matahari di waktu siang.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik air rumah kecil

VIEW IN GALLERYTandas rumah kecil dengan jakuzi

Sesuai dengan mereka yang suka berpindah dan merasai pengalaman di kawasan baru, rumah kecil ini dibina dengan fungsi boleh bergerak dengan di angkut oleh jentera kecil ataupun kenderaan besar.Untuk memudahkan proses,bumbung dan sebahagian dindingnya boleh dibuka dan dipasang semula.

VIEW IN GALLERYRumah mini yang boleh dipindah dengan bumbung boleh dibuka

Save

Save

Save

Save

Related Itemshiasan dalaman rumah kecilrumah kecilrumah minitiny house
Rumah Mini
February 2, 2017
Rishdan
Related Itemshiasan dalaman rumah kecilrumah kecilrumah minitiny house

More in Rumah Mini

Setelah Setahun Lebih Terbengkalai Akibat PKP, Rumah Kebun Kecil Ini Siap Dibina

Nurul Husna MDJune 13, 2022
Read More

Projek Bina Rumah Rehat Kecil 368 Sqft Di Tengah Sawah, Kos Dalam RM 50K

Nurul Husna MDMarch 3, 2022
Read More

Projek Bina Kotej Dalam Kampung Dengan Bajet Sederhana. Buat Sendiri Je

Nurul Husna MDMarch 22, 2021
Read More

Tak Macam Rumah Kebun, Keindahan Tempat Ini Mencuri Tumpuan Ramai

Nurul Husna MDDecember 22, 2020
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Bilik Tetamu Gaya Maskulin Moden Dengan Accent Wall Corak Hexagon
    Bilik TidurMay 27, 2022
  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Wanita Ini Bina ‘Rumah Mini’ Dalam Bilik Demi Privasi
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp