Sejak wujudnya PKP, pasti kita memerlukan ketenangan untuk menjalani kehidupan seharian. Begitu juga dengan Yuslan Ibrahim yang sangat menginginkan suasana kehijauan dan tenang seperti di taman. Maka, terhasillah sebuah taman mini depan rumah di kawasan garaj rumahnya. Ia juga tempat pelbagai fungsi seperti untuk bergambar, membaca, anak-anak berkhemah, membuat PDP harian dan bermacam-macam lagi.
Hasil Dekorasi Taman Mini Depan Rumah Pelbagai Fungsi
Kebanyakan pokok dari IKEA seperti fiddle fig, money plant dan kaktus, termasuk rak besi dan pasu terracotta bata merah jenama Ingefara. Harganya bermula dari RM 14.90 untuk saiz sederhana.
Buaian dari kedai perabot rotan di Jalan Rasah, Seremban.
Sangat sesuai sekiranya menanam kaktus dalam pasu ini kerana ianya tidak menakung air.
Memandangkan dia ada mempelajari sedikit tentang jenis pokok indoor yang lasak, pokok-pokok yang ditanamnya tidak menghadapi sebarang masalah. Yang penting, penyiraman dan pembajaan yang konsisten. Siram seperti biasa secara semburan 2 – 3 hari sekali.
Dia juga menyerahkan kerja penyiraman dan penjagaan kepada anak-anaknya. Selain mengisi masa lapang, ia melatih mereka agar lebih berdisiplin.
Dapur memasak dan balang kuih dari Shopee.
Semoga menjadi inspirasi untuk yang memerlukan suasana tenang dengan kehijauan begini.
Kredit: Yuslan Ibrahim