Sementara mengumpul bajet untuk merenovasi ruang, ia diubahsuai sedikit agar lebih ‘sedap’ dipandang dan sesuai digunakan. Itulah yang dilakukan terhadap sebuah dapur untuk menambahbaik dan mencerahkannya tanpa renovasi dan membuang serta mengecat kabinet.
Sebelum
Hujungnya ruang tambahan untuk sudut kopi.
Isu kabinet kayu oak madu oren, bentuk kabinet atas, countertop granit Ubatuba, faucet, kayu hiasan melengkung atas sinki, microwave vented (tiada pengudaraan sebetulnya) digantung rendah atas dapur, pintu peti ais terbuka ke dinding, jubin backsplash putih warm akan diatasi.
Cat border hijau gelap.
Apa yang dilakukan:
1) Menanggalkan border wallpaper
2) Mengecat shade hijau kepada Benjamin Moore Simply White (siling), Classic Gray (dinding dapur), Wrought Iron moody (sudut kopi)
3) Membuang kipas daun palm
4) Menggantikan outlet/suis ivory kepada putih segar
5) Meletakkan runner karpet Edessa Tribal Medallion (Rugs USA) untuk menyatukan ruang
6) Menghias rak pemisah dapur dan sudut kopi dengan buku dan pokok (sebelumnya tempat pengumpulan ‘junk’ terabai)
7) Caulk semula backsplash
Spray remover wallpaper dan pengikis logam digunakan untuk menanggalkan (2 kali) backing kertas, kemudian dibersihkan dengan pengganti TSP.
Fixture lampu lama dibuang, meninggalkan pencahayaan recessed. Kabinet di-tape dan kain drop plastik diletakkan untuk melindungi semua barang. Kawasan di mana plaster ‘jatuh’ bersama border ditampal dan kerja tampalan yang tidak kemas sejak pemasangan vent A/C dibersihkan.
Caulking lama antara countertop dan backsplash bahagian sinki ditanggalkan. Perkakas daun ditukar baru yang simple dan klasik.
Hasil Ubahsuai Dapur Lebih Baik & Cerah Tanpa Renovasi
Mentol lampu daylight Edison, pull dan tombol kabinet Franklin Brass – Amazon
Sememangnya lebih ‘sedap’ dipandang sementara menunggu rupa dapur baru.
Kredit: The Sweet Beast