Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Tidak Tahu Memilih Antara Lantai Vinyl & Laminate? Baca Perbezaannya Di Sini
    Idea Dekorasi

    Tidak Tahu Memilih Antara Lantai Vinyl & Laminate? Baca Perbezaannya Di Sini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 29, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apakah perbezaan antara lantai vinyl dan laminate? Perkongsian ini mungkin boleh membantu dalam pemilihan lantai rumah yang sesuai.

    Laminate

    VIEW IN GALLERY

    – Permukaan keras, kelihatan seperti lantai kayu (seperti jubin), dibuat menggunakan kayu keras kitar semula (kayu komposit)

    – Lapisan melamin di atasnya melindungi dari calar

    – Ketebalannya kira-kira 8 mm – 12 mm

    – Boleh diletakkan pada lantai sedia ada (jubin, konkrit, kayu keras)

    – Di’lock’ dan di-klik bersama-sama

    – Tidak tahan air. Pemasangan tidak sesuai di tempat-tempat yang banyak kelembapan, terutamanya rumah yang mempunyai sejarah anai-anai dan permukaan lantai yang lembap

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    – Di bawahnya agak licin kerana jika tidak, akan banyak bergerak apabila berjalan di atasnya. Jika terlalu curam/beralun, ia mungkin pecah/retak

    – Memerlukan penggunaan skirting sebagai kemasan dinding bahagian tepi. Rata-ratanya berketebalan 75 mm – 100 mm, diperbuat daripada MDF/PVC yang tahan air dan anai-anai

    – Sesuai untuk ruang yang tidak menggunakan kasut

    VIEW IN GALLERY

    Vinyl

    VIEW IN GALLERY

    – Dibuat menggunakan bahan sintetik yang kelihatan benar-benar seperti kayu keras/jubin. Terdapat dalam pelbagai bentuk

    – Kebanyakannya perlu digam pada bahagian bawah

    – Ketebalannya rata-rata adalah 2 mm – 5 mm

    – Tidak memerlukan penggunaan skirting. Sifatnya yang fleksibel membolehkan ia dipasang terus hingga ke bahagian paling tepi dinding. Namun untuk menambahkan kemasan, penggunaannya adalah digalakkan

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    – Kalis air, tetapi tidak tahan sekiranya terdapat banjir besar/pembersihan yang kuat. Namun amat tahan lasak, tidak berbunyi apabila berjalan

    – Versi lebih murah terutamanya dari China, warnanya boleh memudar terutamanya apabila terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa panjang

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    – Sebahagian besarnya fleksibel/lembut, boleh ‘bertolak-ansur’ dengan lantai yang berbonggol/curam di atasnya. Walaubagaimanapun, lantai asal yang rata memberi efek lebih cantik dan kemas. Sekiranya tidak, proses persediaan lantai adalah perlu menggunakan simen khas

    – Sesuai untuk semua kawasan rumah/pejabat walaupun menggunakan kasut

    VIEW IN GALLERY

    Semuanya bergantung kepada keadaan lantai dan kesesuaian ruang yang hendak dipasang. Pilihan anda?

    Kredit: FloorKing

    idea lantai rumah panduan jenis lantai rumah perbezaan lantai vinyl & laminate
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Simple & Kemas Ruang Rumah Memanjang Dengan Konsep Terbuka
    Next Article Lihat Hasil Binaan Serta Dekorasi 3 Buah Loteng Dalam Rumah Teres Hinggap Ini

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.