• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Idea Dekorasi

Tips Deko Bajet Rendah Gaya Scandinavian

Tips Deko Bajet Rendah Gaya Scandinavian
Nurul Husna MD
July 6, 2020
Mohon share tanda suka

Apabila bercakap mengenai dekorasi, setiap orang pasti mempunyai tema atau konsep yang mereka ingin terapkan dalam rumah. Bergantung kepada kreativiti masing-masing, rupa bentuk dalaman rumah boleh memberi efek kepada keseluruhan tempat tinggal sama ada menjadi menarik atau sebaliknya. Salah satu konsep yang selalu menjadi pilihan adalah konsep scandinavian, yang menerapkan elemen semulajadi. Ini kerana penggunaan bahan utama iaitu kayu dalam rumah bagi menampakkan suasana yang tenang, ringkas dan lapang. Salah seorang peminat gaya ini ialah Puan Siti Awadah yang telah berkongsi minatnya dalam mengubahsuai rumahnya ke arah scandinavian. Dia juga berkongsi cara yang digunakannya dalam menghias rumah mengikut gaya tersebut dengan bajet yang rendah.

  1. Melihat Contoh Dekorasi-dekorasi Rumah

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Antara contoh dekorasi ruang tamu yang menjadi inspirasi buat Puan Siti untuk rumahnya. Menurutnya, dia sukakan gaya ruang tamu yang simple dan selesa dan juga mempunyai elemen perabot kayu secara DIY kerana sesuai dengan minat suaminya yang suka membuat perabot. Contohnya:

VIEW IN GALLERY

2. Menukar Langsir Mengikut Tema

VIEW IN GALLERY

Puan Siti memilih tema langsir yang lebih muda dan ceria untuk sesuaikan dengan dinding yang berwarna putih.

3. Menyusun Perabot Supaya Tidak Menghalang Laluan

VIEW IN GALLERY

Pastikan susun atur perabot tidak menghalang laluan terutamanya apabila ada kanak-kanak dalam rumah. Ini bagi mengelakkan kecederaan ketika mereka aktif bermain. Ianya juga memudahkan kita untuk mengemas kerana adanya ruang yang lapang.

4. Menambah Aksesori Mengikut Keperluan

VIEW IN GALLERY

Memandangkan Puan Siti sudah mempunyai set kerusi rotan berwarna putih, dia menghiasnya dengan kusyen dan bunga lavender beralaskan kain yang bercorak daun tropika (RM 2.10 untuk sekeping).

5. Sentiasa Bereksperimen Dengan Corak

VIEW IN GALLERY

Puan Siti memilih alas meja kalis air yang bercorak jalur memanjang dalam hitam putih. Sedikit hiasan diletakkan iaitu pokok beralaskan cermin bulat di atas meja.

6. Mewujudkan Sudut Tambahan Jika Diperlukan

VIEW IN GALLERY

Di belakang ruang makan itu diletakkan 2 buah meja yang dicantum yang berfungsi sebagai tempat meletak tudung saji dan hidangan lauk-pauk. Puan Siti menggunakan alas meja plastik kalis air manakala penutup tudung saji itu daripada kain yang dijahit bulat.

7. Memilih Barangan yang Lebih Murah

VIEW IN GALLERY

Untuk mengelakkan dari pembaziran, Puan Siti lebih memilih barang yang lebih murah seperti bingkai gambar ini yang hanya berharga RM 2.10 setiap satu. Selain itu, dia juga akan mengunjungi kedai-kedai bajet dan membandingkan harga mengikut konsep. Pembelian secara online juga dilakukan Puan Siti.

8. Buat Secara Berperingkat

VIEW IN GALLERY

Dalam menghias rumah, penting untuk kita merancang supaya tidak terlebih bajet, dan perancangan itu perlu dilakukan secara berperingkat kerana untuk mendapatkan konsep yang diinginkan mengambil masa. Utamakan dahulu barangan yang lebih penting untuk diletakkan dalam rumah kemudian baru lah ditambah barangan-barangan lain yang diperlukan.

Antara perubahan lain yang bakal dilaksanakan Puan Siti:

  1. Almari sudut dan rak buku diwarnakan putih
  2. Tukar karpet dengan corak abstrak (hitam putih atau blue black)
  3. Tukar set meja makan yang lebih simple dan berwarna putih
  4. Tukar sofa jenis 3-seater yang simple dan bersaiz sederhana
  5. Tambah pokok palsu di sudut yang masih kosong
  6. Letak cermin di dinding untuk ruang yang lebih luas
  7. Tambah lampu sorot

Kredit: Siti Awadah (www.sishawa.com)

Related Itemsidea deko bajet rendahKonsep Scandinaviantips jimat
Idea Dekorasi
July 6, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea deko bajet rendahKonsep Scandinaviantips jimat

More in Idea Dekorasi

Transformasi Dapur Kepada Konsep Moden Bertemakan Warna Hijau Zaitun

Nurul Husna MDJune 27, 2022
Read More

Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas

Nurul Husna MDJune 23, 2022
Read More

Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush

Nurul Husna MDJune 23, 2022
Read More

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Transformasi Dapur Kepada Konsep Moden Bertemakan Warna Hijau Zaitun
    DapurJune 27, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Bila Photographer Bertukar Jadi ‘Interior Designer’ Rumah Sendiri
Rumah Sempit? Lihat Hasil Kreativiti Wanita Ini