Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Viral»Nak Jimatkan Bil Elektrik? Ini 14 Tips Jimat Elektrik Dari TNB
    Viral

    Nak Jimatkan Bil Elektrik? Ini 14 Tips Jimat Elektrik Dari TNB

    RishdanBy RishdanMay 17, 2017Updated:May 17, 2017No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    jimat elektrik dengan matikan suis laptop atau komputer
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Semakin hari, cuaca di negara kita semakin panas. Sedikit sebanyak cuaca yang panas telah menyebabkan kenaikan bil penggunaan elektrik. Memanglah naik, kalau pendingin hawa dan alatan penyejuk yang lain terpaksa ‘bekerja keras’ – ada juga dipasang tanpa henti untuk bekalkan udara sejuk.

    Memang tidak tahan jika tidak pasang pendingin hawa. Lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan perumahan yang padat – memang wajib pasang pendingin hawa. Kalau tidak berpeluh lah jawabnya. Yang lebih parah boleh kena strok haba.

    Nak atau tidak kita terpaksa lalui semua ini. Bil elektrik yang meroket naik pastinya menjadi masalah. Di sini kami bawakan tips menjimatkan elektrik yang disarankan oleh TNB. Anda boleh jadikan panduan.

    Ini tips jimat elektrik yang berguna dari TNB

    1# Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit & kerap. Cuba gunakan ruang dalam mesin basuh semaksima yang mungkin.
    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan penggunaan mesin basuh cara bijak
    2# Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen. Idea ini sangat membantu untuk jimatkan bil elektrik anda.
    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan penggunaan aircond cara bijak
    3# Tutup semua pintu dan tingkap semasa pendingin udara dihidupkan. Ini untuk elakan pembaziran tenaga.Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lagi rendah bil elektrik anda.

    VIEW IN GALLERYTips jimat elektrik guna aircond4# Guna mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sedikit. Langkah bijak untuk kurangkan bil bulanan anda.

    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan penggunaan lampu jimat tenaga5# Cuba amalkan menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak. Sebagai contoh, seminggu sekali ke.

    VIEW IN GALLERYjimat elektrik dengan tips bijak menggosok pakaian6# Penuhkan cerek air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda ingin panaskan air.

    VIEW IN GALLERYjimat elektrik dengan penggunaan pemanas air dengan cara bijak7# Pilih peralatan elektrik yang ada rating 5 bintang ( Logo merah kecil seperti pada gambar di bawah)

    VIEW IN GALLERYjimat elektrik dengan memilih alat elektrik 5 star rating8# Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm. Ini membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Tips lain – jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada cahaya matahari. Ini kerana keadaan sekeliling yang panas, memaksa peti menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu sejuk.

    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan tips penggunaan peti sejuk yang efisyen9# Tutup PC, laptop atau monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan sesekali biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.

    VIEW IN GALLERYjimat elektrik dengan matikan suis laptop atau komputer10 # Anda boleh gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu sahaja. Contoh – lampu spotlight di luar rumah. Ini juga cara jimat elektrik yang praktikal untuk kediaman mahupun bangunan komersial seperti premis kedai dsb.

    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan dengan menggunakan timer11# Anda disaran untuk menggunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik. Lampu T5 ini sangat efisyen dalam memberikan pencahayaan yang terang & jimat tenaga.

    VIEW IN GALLERYJimat elektrik dengan dengan menggunakan lampu t512# Cara jimat elektrik guna aircond – Suhu penghawa dingin yang paling efisyen ialah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda. Cuba laraskan dalam julat tersebut untuk lebih penjimatan.

    VIEW IN GALLERYSuhu aircond yang efisyen untuk menjimatkan elektrik 13# Cara susunan barang dalam peti sejuk juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik. Cuba disiplinkan diri untuk susun barang dalam peti sejuk supaya lebih kemas & tersusun. Tips jimat elektrik ini untuk memastikan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen & menjimatkan elektrik.

    VIEW IN GALLERYCara jimat elektrik peti sejuk14# Tips jimat elektrik guna mesin basuh – Gunakan mod ‘cold wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Ini untuk mengelakkan mesin basuh anda menggunakan lebih tenaga untuk memanaskan air.

    Sumber : TNB

    Save

    Save

    Save

    Save

    Save

    Save

    cara buka aircond rumah jimat elektrik guna air cond tarif elektrik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCara Mudah Cuci Sinki Untuk Hilangkan Mendapan Air Keras
    Next Article 10 Idea Meja Jepun Kayu Pallet Yang Menarik – Projek DIY Perabot Kayu Pallet

    Related Posts

    Awas! Bahaya Pinggan Viral Bercorak Ini Kepada Kesihatan Anda

    July 30, 2020

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.