Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Tips Pemilihan Langsir Yang Penting Untuk Ruang Dalaman Rumah Anda
    Idea Dekorasi

    Tips Pemilihan Langsir Yang Penting Untuk Ruang Dalaman Rumah Anda

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 14, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang pemilihan langsir yang sesuai untuk ruang rumah. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda tips pemilihan langsir yang penting untuk ruang dalaman rumah anda oleh Shida Idris. Menurutnya, langsir merupakan salah satu aksesori yang memainkan peranan penting dalam rumah, kerana rekabentuk rumah masa kini mempunyai banyak tingkap. Maka, langsir pun menjadi banyak.

    VIEW IN GALLERY

    Pertama, design langsir. Anda boleh memilih sama ada design pleated atau eyelet bergantung kepada citarasa dan bajet. Langsir Puan Shida adalah jenis eyelet.

    Kedua, material yang tahan panas supaya ianya tahan lama dan relevan sepanjang masa. Selain itu, susunannya perlu lebat yang bermaksud, perlu menggunakan kain yang banyak.

    Ketiga, tukang jahit. Puan Shida menyerahkan 100% pada tukang jahit kerana mereka lebih pakar. Tetapi sekiranya anda ingin jimat, boleh mencari kain sendiri dan minta pada tukang jahit untuk menjahitnya. Puan Shida sangat berpuas hati dengan hasil kerja tukang jahitnya. Jadi, pastikan memilih tukang jahit yang berkualiti.

    VIEW IN GALLERY

    Keempat, warna. Pilihlah warna pastel, earthy tone atau lembut kerana ianya akan membuatkan ruang nampak lebih luas. Elakkan menggunakan 2 warna.

    Kelima, kedudukan langsir sebolehnya mencecah siling terutama untuk rumah yang sempit. Rumah Puan Shida juga adalah sempit jadi, pemasangan langsir sehingga siling membuatkan ruang nampak lebih luas dan mewah.

    Gambar 1 – Rumah Puan Shida (ruang tamu adalah kecil)

    VIEW IN GALLERY

    Sofa dari Harvey Norman.

    Gambar 2 – Rumah ibu Puan Shida (selepas menukar langsir)

    VIEW IN GALLERY

    Sofa dari G Orange.

    Gambar 3 – Rumah ibu Puan Shida (sebelum, iaitu langsir lama). Material langsir ini dan harganya mahal tetapi menjadi kurang cantik apabila dibasuh kerana ia menjadi berkedut, tak lebat dan kedudukan tak tinggi.

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Shida Idris

    Idea langsir rumah tips langsir sesuai tips pemilihan langsir
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDapat Seperti Dalam Showhouse, Ini Hasil Ruang Dapur Yang Menjadi Idaman
    Next Article Deko Bilik Tidur Tema Hitam Putih Rumah Kebun, Dengan DIY Kreatif Frame

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.