Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Transformasi Rumah ‘Terbiar’ Yang Wow! Dengan Bajet Yang Rendah Je
    Dapur

    Transformasi Rumah ‘Terbiar’ Yang Wow! Dengan Bajet Yang Rendah Je

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 20, 2020No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Walaupun ruang rumah yang terhad tambah pula jenis memanjang, keinginan seorang suri rumah ini untuk memiliki ruang laundry tetap dilaksanakan. Ruang dapur juga amat kecil sehingga hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu masa namun, ia tidak menjadi penghalang untuk Nazlies Zainal menghiasnya dengan cantik sekali. Rumah sewa jenis flat yang didudukinya ini pada asalnya adalah seperti rumah terbiar dan sangat kurang menyenangkan. Tetapi dengan hasil usahanya sendiri rumah ini akhirnya berubah 100% menjadi lebih cantik, dengan penggunaan konsep yang berlainan di setiap ruang seperti ruang tamu (rustic), ruang laundry (farmhouse), dapur yang ala-ala ‘glamorous’ dan begitu juga dengan bilik tidur.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Proses deko juga mengambil masa yang lama memandangkan dia hanya membelanjakan barang deko mengikut kemampuan bajetnya iaitu di bawah RM 40 setiap bulan.

    Dia juga memberikan tips dalam mendeko rumah sewa iaitu, membuat sendiri barangan DIY supaya apabila perlu berpindah rumah, barang tersebut boleh digunakan semula.

    VIEW IN GALLERY

    Ruang sinki asal dijadikan ruang laundry.

    • Wallpaper dan rak dari Lazada
    • Raga dari kedai Eco sebagai tempat simpanan barang cucian dan laundry
    • Cangkuk juga dari kedai Eco sebagai tempat menggantung wayar mesin

    VIEW IN GALLERY

    • Papan tanda DIY sendiri
    • Penyangkut kayu berharga RM 5 dari kedai bundle
    • Botol minyak dari Daiso sebagai hiasan dan kadang-kala diletakkan pewangi baju
    • Hanger dari kedai Eco

    VIEW IN GALLERY

    • Bekas sabun dari kedai Eco
    • Hiasan daun dari Daiso. Separuh diletakkan dalam bilik air
    • Label pada bakul diDIY sendiri menggunakan kotak dan dicetak

    VIEW IN GALLERY

    • Almari digunakan sebagai penghadang membahagikan ruang tamu dan ruang laundry. Ia juga sebagai rak meletakkan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk
    • Jam asalnya adalah kayu dan diDIY dengan menambah kotak dan wallpaper untuk kesan rustic dan lebih besar
    • Frame dari kedai Eco

    VIEW IN GALLERY

    Sinki baru di ruang dapur.

    • Cangkuk periuk dari Mr. DIY
    • Sabun cuci tangan dari kedai Eco dan cangkuknya berharga RM 1 dari Shopee

    VIEW IN GALLERY

    • Kabinet secondhand berharga RM 50 dibeli dari seorang kenalan di Facebook. Tampal wallpaper PVC supaya mudah untuk dilap
    • Aluminium foil hitam dari Lazada
    • Bekas rempah jenis magnet dari Daiso, diletakkan pada peti ais untuk menjimatkan ruang
    • Water dispenser pemberian ibu mertua

    VIEW IN GALLERY

    • Frame dari kedai Eco yang mengandungi senarai stok barang-barang dapur
    • Bekas pisau dari Mr. DIY dan ditampalkan cermin dari Lazada untuk efek mewah
    • 1 gulung wallpaper berukuran 10 meter digunakan

    VIEW IN GALLERY

    Cangkuk dari kedai Eco.

    VIEW IN GALLERY

    DIY lilin menggunakan wallpaper gulung, frame dari kedai Eco sebagai papan tray dan dibalut wallpaper corak marble kemudian dipasang tombol dari Lazada.

    VIEW IN GALLERY

    Bekas Prego digunakan untuk menyimpan gula, garam dan bahan masakan lain. Penutupnya dispray kepada hitam dan dilekatkan wallpaper manakala labelnya dibuat sendiri.

    Kredit: Nazlies Zainal

    deko rumah kreatif idea ubahsuai rumah sewa makeover rumah sewa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKonsep Deko Scandinavian Melalui 3D Design Hasil Guna Barang Shopee Je
    Next Article Sesuai Dengan Bajet Mampu Milik, Ini Hasil Deko Rumah Simple & Comel

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.