Ubahsuai sebuah dapur sewa ini hanya mengambil masa 4 jam untuk disiapkan! Dari suasana hambar kepada mewah, semua perubahannya tetap dikekalkan gaya ‘mesra sewa’ dalam cara bajet. Untuk mendapatkan rasa mewah tersebut, pemilihan marmar adalah yang terbaik selain menjadikan ruang berasa lebih terbuka dan besar. Disebabkan dapur sangat kecil, kebanyakan accent putih digunakan.
Sebelum
Hasil Ubahsuai Bajet Dapur Kecil Gaya Mewah Dengan Marmar
– Contact paper marmar diletakkan. Keliling sinki dipotong menggunakan pisau utiliti
– Jubin backsplash marmar peel-and-stick dari Walmart
– Kebanyakan aksesori counter berwarna putih seperti pembancuh kopi dan pemegang perkakas. Bunga putih dimasukkan untuk menambah kesan feminin
– Lantai gelap membuatkan dapur berasa lebih kecil. Karpet terang ditambah untuk menutupnya agar membantu ruang terasa lebih besar
Untuk menjimatkan ruang dalam kabinet serta menambah ‘karakter’ pada dapur, pot rail dipasang pada dinding. Cheese board hiasan dan alat pengukur yang ‘chic’ digantung untuk menambah kesan mewah.
Hardware tidak ditukar.
Semoga menjadi idea untuk anda mengubahsuai ruang dapur!
Kredit: City Chic Decor