Kebiasaannya, bilik anak lelaki sinonim dengan biru. Namun ID Ibah Abdullah mencuba ‘lari’ sedikit dari kebiasaan tatkala mengubahsuai sebuah bilik kongsi 2 orang anak lelaki kliennya di Seksyen 13, Shah Alam. Menyediakan sepenuhnya perabot IKEA termasuk cadar, warna perabot asas hitam diseimbangkan dengan putih. Untuk tidak terlalu membosankan dengan hitam putih, sedikit elemen warna oak dan kelabu ditambah, kemudian susunan dioptimumkan dalam ruang terhad ini. Hanya mempunyai masa 12 hari untuk menyediakan dan menyiapkan dekorasi, ini kerana pemiliknya hendak menjadikan ubahsuai ini sebagai kejutan untuk anak-anaknya, Adam dan Amer.
Skop kerja selain dekorasi, merombak dan melupuskan kabinet dan perabot built-in sedia ada termasuk mengecat keseluruhan bilik.
Hasil Ubahsuai & Dekorasi Bilik Anak Lelaki Menggunakan Perabot IKEA
Cat jenama Jotun kod warna 6350 Soft Teal dan 1024 Timeless.
Konsep ruang gaming versi ala-ala tidak terlalu ‘keras’ kerana penghuninya masih pelajar. Kerusi gaming IKEA untuk keselesaan maksima.
Ruang storan tambahan turut dioptimumkan dengan penambahan laci bawah katil dan kabinet dinding untuk buku.
Melihatkan gambar bilik baru oleh ID, pasti anak-anak berasa gembira dan seronok.
Kredit: Ibah Abdullah