Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Ubahsuai Ruang Belakang Rumah Jadi Ruang Laundry & Tempat Bermain Anak
    Idea Dekorasi

    Ubahsuai Ruang Belakang Rumah Jadi Ruang Laundry & Tempat Bermain Anak

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDApril 12, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Laman belakang rumah dipenuhi dengan semak-samun dan daun-daun yang tumbuh meninggi pasti tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Perkongsian ini untuk memberi idea kepada anda untuk mengubahsuai ruang belakang tersebut untuk dijadikan ruang laundry dan tempat bermain anak. Impian ini direalisasikan oleh suami kepada Puan Waniee dengan anggaran kos dalam RM 6K lebih.

    Walaupun dibuat sedikit demi sedikit, tetapi akhirnya siap juga sepenuhnya. Boleh lihat gambar sebelum dan selepas ubahsuai ruang belakang rumah menjadi ruang laundry dan tempat bermain anak di bawah ini.

    Keadaan Belakang Rumah Sebelum Berpindah Masuk

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Keluasan ruang adalah 20 x 5 kaki.

    Semasa Pengubahsuaian Dilakukan

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tambahkan grill sahaja pada ruang belakang dengan awning dilebihkan sebanyak 2 kaki.

    Pintu jenis besi.

    Hasil Ubahsuai Ruang Belakang Jadi Ruang Laundry Dan Ruang Bermain

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Perkataan ‘Laundry Area’ dari Kaison.

    Bekas simpanan makanan dijadikan bekas simpanan penyepit pakaian.

    VIEW IN GALLERY

    Decking floor dari Home Pro.

    Menurut Waniee, dia masih belajar untuk mendekorasi ruang belakang ini.

    VIEW IN GALLERY

    Set meja dan kerusi berharga RM 180 dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Rak dan meja di-DIY oleh suaminya menggunakan kayu berharga RM 8.90 sekeping dari IKEA.

    Bekas alatan permainan juga dari IKEA.

    Ruang ini dibuat bertujuan untuk mengelakkan anaknya dari bermain di ruang tamu. Tidaklah rasa letih mengutip dan mengemas permainan anak setiap hari. Jika ada tetamu yang berkunjung, tutup sahaja pintu belakang. Jadi, ibu bapa bolehlah mengambil idea ini sebagai jalan penyelesaian.

    VIEW IN GALLERY

    Karpet dari pasaraya AEON.

    Semoga memberi inspirasi kepada yang lain!

    Kredit: Puan Waniee

    idea deko laman belakang idea ruang laundry & ruang bermain ubahsuai laman belakang rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Laundry Dispenser Dengan Bajet Rendah. Murah Tapi Hasil Cantik
    Next Article Untuk Ruang Dapur Sempit, Wanita Ini Kongsi Idea Susun Atur Yang Kemas

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.