Langsir memiliki peranan yang besar dalam mengubah suasana dalam ruang rumah. Sebagai contoh, boleh lihat perubahan yang berlaku pada ruang tamu dan 2 buah bilik iaitu bilik tetamu dan bilik tidur 2 orang anak perempuan di bawah ini selepas ditukar langsir baru. Kongsi pemiliknya iaitu Shahida, semua langsir ini berharga RM 32.40 – RM 226.80 yang ditempah dari Shopee sahaja. Mudah dan hasilnya cantik.
Sebelum dan Selepas Ubahsuai
Ruang Tamu
- Meja kopi dari kedai perabot
- Wingchair dari China
Bilik Tetamu Tema Warna Biru
Tidak banyak perubahan yang dilakukan. Hanya menukar cat, langsir dan cadar, meletakkan meja sisi, dekorasi frame dan lampu meja.
Rod langsir dari IKEA. Boleh di-extend mengikut luas dinding.
Bilik Anak Perempuan Tema Warna Turquoise Merah Jambu
Barang-barang permainan sudah disimpan di dalam stor.
1 tong cat berharga RM 30 untuk 7 liter.
- Set 2 buah katil beserta tilam dan meja sisi berharga RM 699 dari Milano
- Rak dinding dari IKEA. Gambar dicetak sendiri
Ruang belajar mereka berada di ruang legar di tingkat 2 sebelum memasuki bilik.
Jadikan idea untuk anda memilih langsir yang sesuai dalam rumah.
Kredit: Shahida Ku Mahtar