Rupa segar dan moden boleh diberi tanpa membelanjakan wang. Sebuah tangga kayu ruang bawah tanah unfinished diubahsuai 0 ringgit menggunakan bahan telah dimiliki, cat dan artwork dalam almari simpanan. Perancangannya, mengecat putih dinding dan hitam ‘bersih’ tangga. Palet warna simple ini berfungsi sempurna dengan gaya ubahsuai bawah tanah. Untuk menambah sedikit personaliti pada ruang, dinding galeri dengan frame dan foto dicipta.
Sebelum
Bercat kelabu. Perlu dibersihkan. Tangga yang dibaiki perlu dipadankan. Drywall-nya juga memerlukan lapisan cat.
Beberapa anak tangga terpaksa ‘dikeluarkan’ untuk memasukkan sofa ke dalam ruang.
Langkah-langkah Ubahsuai Tangga
VIEW IN GALLERY
Untuk dinding, sebarang lubang diisi spackle, di-sanded untuk kemasan licin. Dilap menggunakan kain buruk dan pencuci semburan, membuang sebarang habuk dan kotoran, memastikan cat (siling flat) melekat dengan betul.
Line gas bawah tangga dicat, memberikan sedikit penyamaran, membantu blend-kannya ke dalam dinding sedikit lagi.
Setelah dinding kering, sapu tangga. Gosokkan lantai dengan pencuci.
Sebarang kotoran sukar ditanggalkan dikikis menggunakan pisau putty.
Tepinya dicat menggunakan berus bersudut. Sebaik lapisan pertama kering apabila disentuh, lapisan ke-2 diberi.
Handrail turut dicat hitam menggunakan berus. Lapisan ke-2 disapu setelah lapisan pertama kering.
Setiap riser dan tapak dicat menggunakan roller bermula di atas. Selepas 30 minit, kembali ke atas. Lapisan ke-2 disapu pada semua riser dan separuh tapak. Semasa menuruni tangga, lapisan pertama cat disapu pada tapak tidak dicat. Selepas 30 minit lagi, tapak yang tinggal diberi lapisan ke-2.
Hasil Ubahsuai Tangga Bawah Tanah Dengan Cat Hitam
Anda juga boleh mencipta rupa ini menggunakan semula cat dan barang sedia ada.
Kredit: Building Bluebird