Impian seorang ibu terlaksana apabila rumah PPRT dengan 2 buah bilik dan 1 tandas miliknya telah direnovasi oleh anaknya, Nia dan menantu. Cerita Nia, rumah yang terletak di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka ini dibiarkan usang dan tidak dijaga sejak ibunya tinggal bersamanya. Kebetulan pula suaminya seorang askar jurutera yang mahir bertukang dan wiring, jadi dia meminta pertolongan suaminya untuk merenovasinya.
Apabila sudah mempunyai perniagaan sendiri iaitu andaman dan kemampuan, rumah ini diberi penambahbaikan kerana sayang dibiarkan rosak, tambahan ianya kenangan sewaktu dia kecil.
Contoh Bentuk Rumah
Modal lebih kurang RM 30K untuk renovasi melibatkan:
– Menambah ketinggian lantai sebanyak 3 inci (disebabkan mudah pecah dan retak), keluasan dapur, mozek ruang tamu, sebuah bilik, ketinggian rumah (bumbung dibuka dan ditukar yang baru), beranda yang menghadap pantai dan siling untuk seluruh rumah (asalnya tidak ada)
– Mengubah kedudukan pintu utama, semua cermin, dan tandas menjadi 2 bahagian (tandas dan bilik air diasingkan dan dipasang mozek)
Proses Ubahsuai Rumah
Bahagian dapur ditambah kerana dapur rumah yang kecil. Dinding dipecahkan.
Tanah ditambak.
Bata diikat.
Bahagian pintu hadapan sudah diubah menjadi tingkap, dan pintu utama dibuat menghadap pantai.
Bilik 1
Bilik 2
Bilik 3
Hasil Renovasi Rumah PPRT Usang
Lampu gantung berharga RM 30 dari lelongan jualan barang andaman.
Kerusi pengantin dan lampu pelamin yang tidak digunakan.
Dinding ditambah untuk menampakkan lebih kemas dan elok.
Bilik 1
Semua tikar getah akan digantikan dengan vinyl.
Bilik 2
Dahulunya tidak ada kipas siling, kini ia dibuat beserta aircond.
Pintu berharga dalam RM 100 lebih.
Diubah kepada tandas duduk.
Akan datang, rumah ini hendak dijadikan 2 tingkat. Memang menjadi inspirasi!
Kredit: Nia Bridal House Nbh