Jangan membiarkan rumah pusaka peninggalan ibu dan ayah kita dalam keadaan tidak terurus dan kotor. Walaupun tidak ada sesiapa yang mendiaminya, sekurang-kurangnya ia akan memberi keselesaan kepada kita setiap kali pulang menziarahi dan pada tetamu sekiranya mereka datang berkunjung. Melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’, seorang wanita dengan nama Azah Love berkongsi sebelum dan selepas perubahan di bahagian bilik air dalam rumah pusaka tinggalan ibu dan ayahnya.
Sebelum dan Semasa Renovasi Bilik Air
Untuk ke bilik air, perlu melalui dapur.
Kolah dipecahkan untuk membuat pintu di bahagian tepi. Jadi, tidak perlu lagi melalui dapur untuk ke bilik air.
Pintu bilik air ditutup.
Dinding dipecahkan untuk membuat pintu baru. Ia menghala ke ruang makan tetamu/ruang tamu kedua, berhadapan dengan pintu sisi dapur.
Hasil Transformasi Bilik Air Baru Rumah Pusaka
Pintu dari kedai hardware. Pemasangan diupah.
Terdapat 2 bahagian dinding bukan mozek supaya cat dapat ditukar di masa akan datang.
Set sinki berharga dalam RM 400 ke bawah dari kedai peralatan bilik air.
Pembahagi ruang mandian di sebelah. Kosnya RM 300 menggunakan bahan kaca.
Memang terbaik dan cantik perubahan bilik air ini, kan.
Kredit: Azah Love