Lelaki Ini Share Tips Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k Sahaja

  • Rishdan
  • 29 Dec 2016
  •   Comments Off on Lelaki Ini Share Tips Miliki Kabinet Dapur Dengan Modal 1.5k Sahaja

Modal yang diperlukan untuk menyiapkan kabinet dapur lengkap dengan sink dan paip bawah 1.5k – Ketahuai cara lelaki ini gunakan sepenuhnya kemahiran untuk jimatkan budget dengan membuat kabinet dapur sendiri menggunakan barang-barang yang dibeli dari ikea dengan harga yang berpatutan. Jom baca tutorial cara membuat kabinet dapur sendiri yang dikongsikan.

VIEW IN GALLERYDraf design kabinet dapur pasang sendiri

Disebabkan kitchen cabinet mahal area kedah ni so kami beli kitchen cabinet ikea dan pasang sendiri je la…. Total hangus utk full set kitchen cabinet+sinki+paip tak sampai RM1.4K.

Sebab ramai tanya tak dan nak reply so update sini dulu;

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kitchen cabinet kat kedai dah survey haritu 3.5k untuk design mcm ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dpt la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki)… Jimatkan…. waranti kabinet 25tahun IKEA bg. Brand kabinet METOD kalau fyndig xde waranti.

VIEW IN GALLERYPintu kabinet dapur dari ikea dipasang untuk menghasilkan kabinet yang cantik

Cara Buat Kabinet Dapur Sendiri Dengan Barang Ikea ;

1. Design dan susun dulu kedudukan kitchen cabinet. Lukis pakai tangan je tp make sure guna scale yg betul baru ngam
2. Pi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc
3. Bawa balik barang yg dh beli ke rumah & pasang ikut manual yg IKEA dah bagi. Sebab rumah yg nak pasang KC ni kat KEDAH so redah muatkan dlm kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.
4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak terror lagi so terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe…

VIEW IN GALLERY

Kos :
Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + paip + top (EKBACKEN) + kaki + handle pintu
Hood + hob+ serombong = RM1.4k
Upang pasang hood = RM200
Hob tebuk sendiri
Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

 

VIEW IN GALLERY

Inilah hasil kerja tangan yang kreatif dan dapat menjimatkan kos.

VIEW IN GALLERYVIEW IN GALLERYKabinet dapur menggunakan barang-barang dari ikea

Kredit kepada blog sisikami.blogspot.com & artikel asal Facebook

Baca juga : 10 Hiasan Dalaman Dapur Ala Inggeris

Kalau suka dengan entri ini boleh like kami di facebook fb.com/hias.my untuk membantu kami berkongsi idea-idea baru dalam senibina, hiasan dalaman dan alam kreatif.

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter