Inspirasi Hiasan Dalaman Konsep Scandinavian Gaya Sederhana

  • Rishdan
  • 11 Jan 2017
  •   Comments Off on Inspirasi Hiasan Dalaman Konsep Scandinavian Gaya Sederhana
Hiasan dalaman rumah gaya sederhana

Idea dekorasi rumah tema scandinavian yang kami bawakan kali ini pernah menjadi viral pada penghujung tahun 2016. Ia juga telah mendapat banyak respon positif dari kebanyakan yang membacanya. Malahan, idea yang dimuat naik oleh Irnanee Osman atau nama sebenarnya Nurul Irnanee binti Osman juga telah menarik perhatian the vocket, sememangnya website viral yang tidak asing lagi di Malaysia.

BACA juga : Hiasan Dalaman Apartmen

Rumah sewa bukanlah halangan untuk ruang dalaman sesebuah kediaman nampak cantik dan kemas. Berpegang pada prinsip itu, beliau berjaya menghias sendiri rumah dengan gaya yang di idamkan. Ibu kepada tiga cahaya mata ini menjadikan minat pada dekorasi sebagai kerjaya dengan menjadi “personal shopper” ikea. Dengan bakat dan ilmu yang dipelajari dari group dekorasi yang ada di facebook, hasil dekorasi oleh beliau sangat menarik dan rata-rata ahli dalam group memujinya. Beliau sangat minat dengan konsep Scandinavian seperti yang dinyatakan dalam temubual bersama the vocket.

“Saya suka konsep Scandinavian, suka bila melihat rekaan dekorasi rumah-rumah orang luar di Instagram. Tapi kalau nak 100% macam tu memang tak dapat lah, jadi saya buat yang mana ada sahaja, bersederhana. Suka dengan warna-warna pastel juga, jadi saya cuma tambah penggunaan hiasan dengan warna-warna lebut.” katanya.

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman rumah gaya sederhana
VIEW IN GALLERYHiasan dalaman rumah gaya sederhana perabot moden

Rumah berkeluasan 1300 sq.ft yang disewanya medan untuk menguji bakat, beliau telah memilih dekorasi dengan gaya sederhana. Kebanyakkan perabot rumah dibeli di Ikea, tetapi ada juga yang dibeli di kedai perabot biasa. Beliau mengambil langkah bijak dengan menjual perabot lama di mudah.my sebelum menggantikannya dengan perabot baru. Masa yang diambil agak lama untuk hasil keseluruhan seperti sekarang kerana dekorasi dibuat sedikit demi sedikit.

“Saya deko slow-slow, itu yang ambil masa agak lama. Saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa, dan mempunyai 3 orang anak kecil yang berusia 2 tahun, 3 tahun dan 6 tahun. Si Kecil ni bukan boleh letak apa-apa, habis semua mahu dicapainya. Itu belum termasuk sepahkan rumah. Hahahaha, dah berapa banyak pasu saya yang pecah. Tapi itu saya tak jadikan alasan untuk tidak deko rumah, sebab saya minat” kata puan Irananee lagi semasa temubual dengan the vocket.
VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Lihatlah hasil idea hiasan dalaman oleh Pn Irnanee Osman ini yang nampak sangat kemas dan tersusun. Ia pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.  Akhir sekali, diharapkan entri dekorasi sederhana ini menjadi inspirasi pada anda. Sila like page kami di fb.com/hiasdotmy untuk sebarang update terbaru yang kami kumpulkan untuk anda.

 

Save

Save

Subscribe to our Newsletter