Cara Menghias Meja Kopi Ruang Tamu Moden Yang Mengujakan

  • Rishdan
  • 01 Jan 2017
  •   Comments Off on Cara Menghias Meja Kopi Ruang Tamu Moden Yang Mengujakan
Meja yang berbeza ketinggian menjadikan idea lebih unik untuk dekorasi

Meja kopi selalunya dijadikan titik pusat sesebuah ruang tamu. Kita biasanya menyusun set sofa berpandukan meja kopi. Selain dijadikan tempat untuk menghidangkan minuman atau makanan ringan kepada tetamu, meja kopi juga menjadi tempat menyimpan bahan bacaan. Oleh itu kalau anda betul-betul inginkan ruang tamu yang lebih menarik dan selesa, pemilihan dan dekorasi pada meja kopi perlu di beri perhatian untuk elakkan dari nampak bosan. Teruskan membaca entri ini untuk dapatkan tips yang mungkin berguna di samping contoh-contoh design dan hiasan meja kopi yang menarik.

Contohnya menggunakan cengkerang yang mungkin boleh kita dapati di tepi pantai? – nampak simple tapi menarik; dengan meja kopi tak lagi nampak kosong atau membosankan.

VIEW IN GALLERYDekorasi meja kopi simple dengan pinggan dan cengkerang

Dengan dekorasi yang tepat, meja kopi boleh menjadi faktor penting yang menyumbang kepada keseluruhan hiasan dalaman sesebuah ruang tamu.

Baca juga : Hiasan Dinding Ruang Tamu Yang Ceria

VIEW IN GALLERYDekorasi meja kopi konsep minimalis

Dekorasi meja kopi dengan pasu kaca

Baca juga : 15 Idea Dekorasi Ruang Tamu ini Buat Anda Rasa Nak Ke Ikea

VIEW IN GALLERYDekorasi meja kopi dengan pasu cantik

Kalau meja kopi kita bersaiz lebar dan rendah jangan teragak-agak untuk letak sesuatu agar nampak lebih tinggi. Cuba tengok contoh di bawah, dengan meletakkan tumbuhan hijau dalam pasu kecil yang cantik secara tidak langsung jadikan meja nampak lebih menarik, tidak kosong atau terlalu simple.

VIEW IN GALLERYHiasan meja kopi dengan konsep hijau

Kalau anda tak kisah meja nampak sempit, cuba letakkan pasu bunga. Walaupun sedikit mengganggu ruang, meja nampak lebih menarik dan kontemporari terutamanya kalau bunga yang dipilih menarik.

VIEW IN GALLERYHiasan meja kopi ruang tamu menggunakan jambak bunga

3 biji pasu pun boleh dijadikan idea menarik untuk menghias meja kopi di ruang tamu kita. Nampak simple tapi menenangkan terutamanya untuk meja yang rendah. Pasu yang paling kecil dengan dua warna kontra cerah dan gelap menjadikan pasu lebih timbul dan menyerlah.

VIEW IN GALLERY

Strategi menggunakan hanya satu tona warna dalam dekorasi meja kopi ini sangat berani. Dengan padanan warna yang sama antara dekor dan meja membuatkan item lebih menyerlah walaupun nampak agak selerak.

VIEW IN GALLERYDekorasi meja kopi dengan satu tona warna hitam

Botol kaca transparent adalah satu cara lain untuk menghias meja di ruang tamu anda. Tidak kira lah anda nak pilih yang berwarna ataupun kosong. Anda juga boleh isikan botol tersebut dengan sesuatu yang unik bergantung pada kreativiti anda sendiri.

VIEW IN GALLERYTeknik hiasan meja ruang tamu menggunakan botol kaca

Kalau design sebelumnya hiasan meja kopi menggunakan 3 pasu/botol kaca tapi design di bawah ini menggunakan 3 meja yang berbeza saiz dan ketinggian dihiasi dengan botol kaca. Nampak menarik bukan?

VIEW IN GALLERYMeja yang berbeza ketinggian menjadikan idea lebih unik untuk dekorasi

Sekian saja dari kami untuk entri hari ini. Semoga boleh dijadikan inspirasi dalam dekorasi meja kopi di ruang tamu anda.Selamat tahun baru kami ucapkan sempena menyambut tahun baru 2017 dan juga selamat berdekorasi. Sila like page kami di fb.com/hiasDOTMY untuk sebarang update dari kami.

Save

Subscribe to our Newsletter