Hiasan Dinding Ruang Tamu Menceriakan Suasana

Hiasan dinding merupakan elemen penting dalam hiasan dalaman untuk menghasilkan rumah yang cantik dan mengujakan. Kombinasi warna yang tidak sesuai menjadikan ruang tamu nampak bosan. Mungkin ada yang mengantung gambar-gambar ahli keluarga tetapi mungkin ianya kelihatan suram. Apa kata jika kita cuba buat suatu yang kreatif dan menggunakan kreativiti sendiri untuk hasilkan hiasan dinding yang lebih menarik.

Di bawah ini saya bawakan idea hiasan dinding ruang tamu dengan menggunakan bahan-bahan terpakai atau barang yang boleh didapati dengan harga yang murah.

Baca juga : 8 Kreatif Divider Untuk Bilik Yang Lebih Trendy

Hiasan dinding menggunakan konsep rama-rama

Ini adalah satu idea yang mungkin ada sesetengah pembaca minat untuk mencubanya.  Tetapi jika ada yang tidak minat menggunakan konsep “wall art” ini boleh teruskan dengan idea-idea lain di bawah. Cara-cara membuat rama-rama kertas ini agak mudah. Dengan menggunakan kertas, gunting serta double tape dan kreativiti, anda boleh buat sendiri bentuknya di rumah. Contoh seperti gambar di bawah.

VIEW IN GALLERYHiasan dinding rama rama

VIEW IN GALLERYHiasan dinding rama-rama dan tulisan

VIEW IN GALLERYHiasan dinding berwarna merah dengan rama rama kertas putih

Cara-cara membuat rama-rama kertas

  1. Anda perlu membentuk kertas menjadi bentuk rama-rama
  2. Seterusnya sila lipat dan letakkan double tape di salah satu bahagian
  3. Lekatkan kertas tersebut di dinding yang anda mahukan.

Tips : Jangan lupa untuk memilih warna kertas yang kontra dengan cat dinding supaya nampak lebih menyerlah. Kertas juga lebih elok kalau dari jenis yang keras dan tahan lama.

Hiasan dari CD Lama

Dengan budget yang murah dan berbekalkan kreativiti, CD lama pun boleh menghasilkan impak yang menarik untuk menghiasi dinding rumah kita. Zaman sudah berubah. Mungkin CD lama sudah tidak digunakan lagi kerana banyak lagi alternatif lain yang lebih senang dan murah. Mungkin generasi akan datang tidak berpeluang melihat CD (compact disk). Mungkin juga dengan cara ini kita boleh ingat kembali nostalgia lama?

Lupakan tentang kenangan. Jom hias dinding anda dengan CD. Caranya cukup senang dan praktikal. Kita hanya perlukan CD dan juga gam atau double tape. Lekatkan CD ke ruangan dinding yang kita nak. Tetapi, terlebih dahulu haruslah membuat lakaran bentuk yang di inginkan supaya lebih senang kerja-kerja menampal.

Kalau masih tiada idea lakaran, boleh rujuk contoh di bawah.

VIEW IN GALLERYHiasan dinding menggunakan cd terpakai

VIEW IN GALLERYDekorasi dinding menggunakan plastic cd

Hiasan 3D Menggunakan Kertas

Idea hiasan dinding ini juga senang sama seperti yang sebelumnya. Namun hiasan ini hendaklah di letakkan di sudut yang sesuai supaya padan dengan dinding dan suasana sekeliling. Kos pun tidak lah mahal. Bahan yang diperlukan hanyalah kertas, gunting dan gam/double tape. Caranya senang sahaja. Gunting, lipat dan tampal. Contoh yang digunakan di sini ialah menghasilkan hiasan 3D berbentuk hati yang sesuai untuk menghias dinding “home office” contohnya. Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menghasilkan hiasan dinding 3D menggunakan kertas warna merah.

VIEW IN GALLERYHiasan dinding dengan kertas 3 dimensi

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter