20 Idea Hiasan Dalaman Bilik Tidur Menggunakan Dinding Papan Terpakai

  • Rishdan
  • 16 Jan 2017
  •   Comments Off on 20 Idea Hiasan Dalaman Bilik Tidur Menggunakan Dinding Papan Terpakai
Menggunakan papan terpakai untuk membina dinding bilik yang bergaya

Penggunaan papan terpakai dalam hiasan dalaman bilik tidur kini menjadi trend baru di negara barat. Cara menggunakan papan terpakai sebagai dinding ini adalah satu cara yang murah, mudah dan kreatif untuk menukar suasana dalam bilik dengan cepat tanpa perlu berbelanja besar seperti ubahsuai atau sebagainya. Ada juga bilik yang berkonsep moden tetapi digabungkan dengan elemen kayu yang menjadikan hiasan dalaman bertambah cantik.

Kalau dulu, sudah menjadi kebiasaan kita lihat rumah dengan dinding papan. Setelah zaman berubah, senibina pun turut berubah dengan bahan binaan bertukar kepada batu bata sebagai dinding yang lebih moden. Namun begitu, fitrah manusia yang senang bosan dengan benda yang sama telah berusaha mencari sesuatu kelainan yang boleh memuaskan hati. Hal ini dapat kita lihat apabila trend mula cenderong kepada senibina yang lama tetapi diperbaharui dengan mengikut gaya semasa.

VIEW IN GALLERYDinding kayu ini menjadikan bilik tidur ceria

Bilik tidur kontemporari

Tidak dapat dinafikan bilik tidur dengan dinding kayu/papan memiliki aura tersendiri – dengan ketenangan dan memiliki identiti. Walaupun di dalam sebuah bilik tidur yang berkonsepkan kontemporari, penggunaan dinding kayu memberikan impak yang berbeza kepada ruang tersebut. Mungkin anda akan faham setelah melihat sendiri apa yang kami cuba sampaikan. Di sini kami kumpul dan bawakan kepada pembaca hias.my 20 hiasan dalaman bilik tidur terbaik menggunakan konsep campuran moden dan traditional ini. Mungkin anda boleh jadikan idea ini sebagai inspirasi dalam dekorasi bilik tidur anda dengan cara yang baru.

Baca juga : 20 Idea Bilik Tidur Tema Hijau Terbaik

VIEW IN GALLERYKatil ini boleh dilipat ke dalam dinding kayu menjadikannya sesuatu yang unik
Sumber : David Agnello Photography

VIEW IN GALLERYMenggunakan papan terpakai untuk membina dinding bilik yang bergaya
Kredit : Blansfield Builders

Dinding yang sangat unik – menggunakan papan terpakai untuk dijadikan dinding dengan corak yang memukau.

Baca juga : 8 Kreatif Divider Untuk Bilik Yang Lebih Trendy

VIEW IN GALLERYBilik tidur kontemporari dilengkapi dengan dinding papan
Kredit : Aurora Mills Architectural Salvage

Penggunaan dinding papan terpakai di dalam bilik tidur kontemporari merupakan idea yang sangat berkesan untuk menambah kontra warna dan menjadikan ruang tidak nampak membosankan. Anda tidak perlu mengecat dinding semata-mata untuk menambah tona warna ke dalam ruang bilik. Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh cuba menyusun papan dinding tadi dengan bentuk Chevron.

VIEW IN GALLERYKemas dan bergaya bilik tidur kontemporari yang menggunakan dinding papan

Kredit : Bruce Johnson & Associates Interior Design

VIEW IN GALLERYBilik tidur dengan kemasan warna putih ini cukup menenangkan dengan pemasangan dinding kayu

VIEW IN GALLERYDekorasi bilik tidur kontemporari menggunakan kayu terpakai menjadikan bilik lebih gahKredit : Jason Snyder

VIEW IN GALLERYDinding papan elegan dalam bilik kontemporariKredit : Carriage Lane Design-Build / Photography: Stephani Buchman

VIEW IN GALLERYDekorasi rustic menggunakan kayu dalam bilik tidur yang kontemporariIdea oleh : Habachy Designs

Keindahan Rumah Gaya Kampung

Bilik tidur yang moden semakin beralih arah ke suasana yang lebih semula jadi, dan dinding kayu adalah cara yang baik untuk membawa nilai seni dan suasana kampung. Bahang daripada kayu dan kerja tangan yang unik menjadikan bilik moden lebih menarik dengan adanya dinding kayu. Dengan dikelilingi dinding konkrit, dinding kayu yang menjadi tradisi rumah lama akan menjadi lebih istimewa.
VIEW IN GALLERYHiasan bilik tidur moden yang digabung dengan gaya kampungIdea : Shades by Design
VIEW IN GALLERYBilik tidur menarik menggunakan dinding papan terpakai menggambarkan suasana rumah pantaiIdea : Garrison Hullinger Interior Design
VIEW IN GALLERYBilik tidur moden digabung dengan gaya kampung menggunakan dinding papan terpakaiIdea : Mindful Designs
VIEW IN GALLERYDaya penarik utama dalam bilik tidur ini adalah penggunaan dinding kayu Idea : Timberbuilt
VIEW IN GALLERYPenggunaan dinding papan terpakai membawa suasana kabin ke dalam bilik tidur moden ini
Idea : Alan Mascord Design Associates / Photo: Bob Greenspan

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur yang luas dan selesa dengan menjadikan dinding kayu sebagai bingkai tingkap dan pemandangan luar
Idea : Sunlit Architecture

VIEW IN GALLERYIdea rumah rehat yang pasti menenangkan dengan dinding kayu
Idea : Tomahawk Log & Country Homes

VIEW IN GALLERYHiasan dalaman bilik tidur gaya kampung menjadikan bilik moden ini lebih menarik
Idea : Locati Architects / Roger Wade Studio

VIEW IN GALLERYBilik tidur gaya rumah ladang dengan dinding papan
Idea : barnboardstore

VIEW IN GALLERYDinding papan terpakai membawa suasana rumah kampung kepada bilik tidur moden
Idea : Creative Floors / Photography by Melissa Ann Barrett

VIEW IN GALLERY

Kami harap entri kali ini dapat memberi inspirasi dan idea hiasan bilik tidur gaya terkini. Sila like page kami di fb.com/hiasdotmy untuk sebarang update terbaru yang kami kumpulkan untuk anda.

Save

Save

Save

Subscribe to our Newsletter