10 Idea Meja Jepun Kayu Pallet Yang Menarik – Projek DIY Perabot Kayu Pallet

  • Rishdan
  • 18 May 2017
  •   Comments Off on 10 Idea Meja Jepun Kayu Pallet Yang Menarik – Projek DIY Perabot Kayu Pallet
Simple tapi cantik idea meja jepun kayu pallet ni

Memang tidak dapat dinafikan lagi kayu palet terpakai daripada pelbagai jenis termasuk pain atau oak mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sebut saja perabot kayu palet, kita sudah boleh bayangkan keistimewaannya yang menjadi elemen dalam membangkitkan aura natural yang berteraskan kayu. Cuba bayangkan ruang tamu moden pastinya lebih menawan dengan kehadiran meja jepun kayu pallet!

Pelbagai jenis perabot sesuai digayakan menggunakan kayu pallet. Sebagai contoh ; set sofa, meja kopi, kerusi, meja jepun kayu pallet hinggalah katil pallet yang semestinya sangat praktikal dan eksklusif untuk hiasan dalaman sesebuah kediaman.

Kalau sebelum ini kami ada bawakan idea diy katil kayu pallet yang menarik, kali ini diy meja jepun kayu pallet menjadi pilihan. Projek DIY ini sesuai untuk mereka yang ingin cuba buat sendiri perabot rumah berasaskan kayu pallet. Inginkan idea reka bentuk meja jepun dari kayu pallet? Cuba lihat apa yang kami bawakan di bawah.

10 Idea Meja Jepun Kayu Pallet

VIEW IN GALLERYIdea diy meja jepun palletKredit  – aaflovemorry.blogspot.my

VIEW IN GALLERYIdea diy meja jepun kayu palletKredit – rumahtigapuluh.blogspot.my

Tidak kira sama ada dalam rumah, atau halaman rumah, kedai, kafe dan juga pejabat , perabot dari kayu pallet kini menjadi trend terkini buat mereka yang inginkan sesuatu yang unik & eksklusif.

VIEW IN GALLERYSimple tapi cantik idea meja jepun kayu pallet niKredit – waniebeautyhealth.blogspot.my

VIEW IN GALLERYMeja rendah konsep jepun dengan permukaan kaca dan beroda dari kayu pallet

Baca juga : 20 Set Sofa Pallet Terbaik Untuk Projek Diy Hujung Minggu

VIEW IN GALLERYKayu pallet dijadikan meja jepun untuk ruang tamu atau bilikSumber gambar perabot kayu pallet ini – rambozzi.blogspot.my

VIEW IN GALLERYMeja jepun dari kayu pallet siap dengan ruang penstoranSumber – etsystatic.com

Ditambah pula dengan sifat semula jadi kayu palet yang tahan lasak dan sesuai dengan pelbagai konsep hiasan dalaman atau luaran sesebuah kediaman – Tidak hairanlah kini perabot berasaskan kayu pallet kini menjadi pilihan utama ramai pemilik rumah.

VIEW IN GALLERYMeja kayu pallet yang comel

VIEW IN GALLERYDekorasi ruang tamu dengan meja ala jepun dari kayu palletSumber – huffingtonpost.com

VIEW IN GALLERYIdea meja jepun dari kayu pallet sesuai untuk dekorasi ruang tamu

VIEW IN GALLERYMeja jepun dari kayu pallet siap dengan alas cermin
Bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan seperti kafe atau restoran, memilih kayu palet sebagai perabot dan hiasan antara pilihan terbaik kerana ia lebih menjimatkan dan lebih bergaya. Tidak kurang yang menggemari rekaan yang berkonsepkan moden dan kontemporari. Ini yang membuat generasi muda semakin meminatinya biar pun sekadar meja pelbagai guna yang dijadikan tempat meletak komputer.Semestinya perabot dari kayu pallet juga kini telah mempunyai peminat daripada pelbagai lapisan usia.

Like & Follow HIAS di Facebook.

Save

Save

Subscribe to our Newsletter