Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»3 Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas Biar Lagi Cantik Dan Bersih
    Bilik air

    3 Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas Biar Lagi Cantik Dan Bersih

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 12, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Adakah anda rajin membersihkan bilik mandi dan tandas rumah setiap hari? Jika disebut mencuci tandas, adakah mangkuk tandas sahaja atau segala benda dalam tandas itu disental dan dibersihkan, dari siling ke mozek dinding hingga ke mozek lantai? Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan klorok, segala jenis pencuci akan digunakan semata-mata untuk mendapatkan bilik mandi dan tandas yang cantik dan bersih. Untuk anda, kami kongsikan 3 tips mudah untuk membersihkan bilik mandi dan tandas di bawah ini. Boleh lah mulakan kerja pembersihan ini sewaktu hari cuti.

    VIEW IN GALLERY

    Tips Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas

    1) Luangkan selama 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas dan gunakan berus untuk membersihkannya.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY
    2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    3) Luangkan masa 1 minggu atau 2 minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY
    Tandas kita adalah tanggungjawab kita yang kita gunakan setiap hari. Jika dibiarkan selama 3 – 4 hari, pasti tandas akan mula kotor. Bayangkan jika 1 – 2 minggu? Tandas digunakan oleh pelbagai peringkat umur dan jantina, bukan setakat kotor, segala ‘pemandangan’ yang tidak enak akan terlihat jika tidak dijaga.

    Kredit: Fizan Rahman

    penjagaan bilik mandi & tandas tips bersihkan bilik mandi & tandas tips bilik air bersih
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek Hujung Minggu: Hias Sudut Dinding Untuk ‘Showcase’ Gubahan Bunga
    Next Article Hasil Transformasi Bilik Laundry Untuk Isteri Tercinta. Tak Perlu Hadiah Mahal

    Related Posts

    Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

    July 23, 2023

    Panduan Cara Cat Ruang Interior Kecil Untuk Transformasinya. Apa Perlu Dilakukan?

    July 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Retro Yang Menjemukan Jadi Indah, Berfungsi & Bergaya

    July 11, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Dengan Gabungan 2 Bilik Air. Lebih Banyak Fungsi & Storan

    June 27, 2023

    DIY Simple Pencuci Grout Jubin Dengan 4 Bahan. ‘Resipi’ Homemade Paling Efektif

    June 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air 2 Kanak-Kanak Perempuan Ini Neutral Dengan Pop Pink & Bunga

    May 11, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.