Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Usah Takut Untuk Deko Rumah Terutamanya Rumah Sewa, Ini 8 Tips Dekorasi
    Idea Dekorasi

    Usah Takut Untuk Deko Rumah Terutamanya Rumah Sewa, Ini 8 Tips Dekorasi

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 7, 2021Updated:July 8, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Usah takut untuk mencantikkan rumah walaupun sekadar rumah sewa. Sekurang-kurangnya apabila rumah dihias cantik, anda mempunyai semangat untuk pulang, dan memulakan hari esok dengan bertenaga. Terdapat banyak cara untuk anda mencantikkan rumah. 8 tips dekorasi rumah sewa yang dikongsikan oleh Ben Firdaus ini adalah di antaranya.

    Kebanyakan barang yang digunakan dalam dekorasi rumah sewa di bawah ini adalah kitar semula. Barang yang baru pula dibeli hanya mengikut kemampuan. Selepas berpindah hampir 5 bulan, lengkap sudah dekorasi rumah sewa ini. Katanya, lain orang lain kemampuannya seperti pepatah ‘sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit’.

    8 Tips Dekorasi Rumah Sewa

    VIEW IN GALLERY

    1. Usah takut untuk meneroka
    2. Sentiasa merujuk kepada rakan pereka dalaman jika boleh
    3. Tidak semestinya semua barang perlu dibeli baru
    4. Mulakan pembelian dengan kemampuan. Contohnya, tidak mampu membeli set meja makan, beli kerusinya dahulu. Untuk meja makannya, kakinya berharga RM 30 sebuah dari IKEA dan mana-mana pintu terpakai dijadikan top. Jika meja tidak rata, mungkin memerlukan glass untuk top meja

    VIEW IN GALLERY

    1. Cuba mengecat semula rak-rak lama yang hampir hendak dibuang. Cat hitam adalah paling selamat kerana dapat menyembunyikan keburukan yang ada
    2. Tidak perlu membeli lampu mewah yang berharga ribuan ringgit. Lampu meja berharga RM 60 sebuah dari IKEA dijadikan lampu gantung rumahnya dan mentol dari kedai hardware

    VIEW IN GALLERY

    1. Kerusi makan tidak semestinya perlu sedondon
    2. Untuk melembutkan suasana rumah, letakkan bunga-bunga segar. Selain bunga plastik, boleh menebang atau mencantas sedikit ranting dan dedaun di hadapan rumah. Kemudian, letakkan di dalam pasu berisi air. Ia boleh bertahan dalam seminggu. Benda-benda hidup boleh membuatkan rumah lebih segar

    VIEW IN GALLERY

    Jangan disebabkan ianya rumah sewa, menjadi alasan untuk anda tidak mahukan rumah yang cantik.

    Kredit: Ben Firdaus Azraai

    hasil deko rumah sewa idea deko rumah tips deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek DIY Almari Tudung Untuk Isteri, Boleh Muat Beratus-Ratus Helai Tudung
    Next Article Idea Penggunaan ‘Multifunctional Nano Tape’ Pada Dinding Sebagai Ganti Paku

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.