Hasil Gubahan Bunga Orkid Dengan Padanan Warna Merah & Hitam. Cantik!

Untuk anda yang mempunyai hobi menggubah bunga, kami bawakan perkongsian dari seorang peminat bunga iaitu Zaza Zalina, mengenai gubahan bunga orkid dengan bajet dalam RM 150. Sering menggunakan pasu putih, kali ini, warna hitam pula dipilih. Hasil padanan warna merah dan hitam ini terlihat sangat cantik dan menawan. Bolehlah dibuat sebagai hadiah.

Cara Menggubah Orkid

VIEW IN GALLERY

Semua ini boleh didapatkan di mana-mana kedai bunga.

– Batu berlumut dan mini kaktus masing-masing berharga RM 6.50

– Span berharga RM 2.40 (2 keping)

– Lumut hijau berharga RM 4

– Sebatang orkid berharga RM 14 (5 batang digunakan)

– Sebatang ranting hijau berharga RM 7.50

VIEW IN GALLERY

– Setangkai daun berharga RM 5

VIEW IN GALLERY

Span dilekat menggunakan hot glue gun. Padatkan.

VIEW IN GALLERY

Lekat menggunakan hot glue gun juga.

VIEW IN GALLERY

Gunakan buluh untuk tegakkan orkid.

Ikatkan buluh dengan batang orkid menggunakan dawai hijau dan lilitkan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Letakkan batu berlumut yang dicucuk lidi dan potong pendek kaktus menjadi seperti ini.

VIEW IN GALLERY

Lekatkan pelindung lantai jenama Fixa dari IKEA supaya meja tidak bercalar.

Hasil Menggubah Orkid, Padanan Warna Merah dan Hitam

VIEW IN GALLERY

Meja dari kedai perabot di Nusa Bestari, Johor Bharu.

Terus berseri meja apabila dihiasi sepasu orkid merah ini, kan?

Kredit: Zaza Zalina

Scroll to Top