Dapat diperhatikan kini, ramai yang menggunakan dinding gaya shiplap dalam rumah mereka. Tidak kurang juga yang mengidamkan untuk turut memiliki gaya dinding sebegitu. Salah seorangnya iaitu Teena Azwa sudah lama berkeinginan dinding shiplap tersebut. Melalui FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’, keinginannya akhirnya berjaya dicapai dengan perkongsian hasil kerja DIY dinding shiplap ini. Menurutnya, dinding ini merupakan pemisah antara dapur dan ruang hall.
Bahan Yang Perlu Ada
MDF board berharga RM 3.05 – RM 4 dari Shopee. Beri ukuran dinding supaya boleh dipotong lebih awal.
Boardnya berukuran 4 kaki, 125 mm lebar dan 6 mm tebal.
Lekatkan double-sided tape dahulu. Tujuannya supaya board tidak bergerak sewaktu menampal.
Gunakan gam X-Bond.
2 batang aiskrim (dari Mr. DIY) digunakan bagi setiap board. Apabila gam sudah kering, boleh menarik keluar batang-batang tersebut.
Bahagian atasnya mempunyai batang penahan, jadi dinding dapat berdiri tegak.
Undercoat dahulu dengan warna putih.
Perlu menggunakan berus kecil untuk mengecat pada ruang-ruang ini.
Hasil DIY Dinding Shiplap Idaman
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic True Beauty Matt kod warna 1648 Wiltshire Cream berharga RM 35 (1 liter).
- Pasu dari Kaison
- Karpet dari Fyda Marican (Facebook)
Semoga anda yang mempunyai keinginan yang sama juga dapat memiliki dinding shiplap ini.
Kredit: Teena Azwa
Facebook
RSS