Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Ubahsuai Bilik Stor Jadi Bilik Tidur Anak Dara dan Teruna
    Bilik Tidur

    Ubahsuai Bilik Stor Jadi Bilik Tidur Anak Dara dan Teruna

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 23, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    bilik tidur selepas
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila anak-anak dah semakin membesar, mereka semestinya memerlukan ruang bilik tidur sendiri. Untuk rumah yang mempunyai bilangan bilik yang sedikit, pasti jenuh ibu bapa nak memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. McYah Joanjett dalam laman Facebooknya juga melalui situasi yang sama tetapi dia akhirnya berjumpa jalan penyelesaian iaitu dengan mengubahsuai bilik stor yang menjadi tempat menyimpan pakaian, mainan, cadar dan barang lain-lain kepada bilik tidur untuk 2 orang anaknya. Memandangkan bilik tersebut penuh dengan barang-barang rumah, dia mengambil masa selama 2 hari untuk mengasingkan barang, menyusun atur dan mendekorasi bilik itu sepenuhnya, dengan dibantu oleh suami.

    Satu masalah lain yang timbul adalah perbezaan citarasa dalam ruang bilik disebabkan 2 orang anaknya merupakan sepasang lelaki dan perempuan. Oleh itu, tercetus idea untuk menggabungkan dua tema warna dalam satu bilik iaitu biru dan merah jambu, termasuklah langsir. Boleh dicuba sekiranya anak-anak anda sering bergaduh berebutkan corak dan design dalam bilik tidur.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur sebelum 1

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas

    4 gulung wallpaper ala IKEA berharga RM 100 dan papan hitam berharga RM 69 dari IKEA. 2 buah langsir berharga RM 26 dari Mr. DIY (RM 13 satu).

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 1

    Almari baju berwarna hitam putih berharga RM 500 dari kedai perabot terpakai dan almari bertingkat berwarna putih pink (untuk simpan mainan) berharga RM 200 lebih dari IKEA.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 2

    Katil double untuk kanak-kanak berketinggian 130 cm berharga RM 499 dari IKEA dan cadar patchwork single termasuk sarung bantal berharga RM 45.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 3

    Frame gambar bersaiz kecil berharga RM 12, gambar flamingo berharga RM 28 dan gambar zirafah berharga RM 25. Semuanya dari Mr DIY.

    VIEW IN GALLERYalmari baju

    Penyangkut baju berharga RM 35 dari IKEA.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur selepas 4

    Cermin berharga RM 35 dari Mr. DIY.

    Kredit: Mcyah Joanjett

    idea deko bilik tidur idea ubahsuai bilik ubahsuai menarik dan kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Simple Ruang Vanity Anak Kecil Dalam Bilik Tidur
    Next Article Ubahsuai Dapur Dari Bersepah Terus Jadi Tenang Mata Memandang

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.