Deko Simple Ruang Vanity Anak Kecil Dalam Bilik Tidur

Mohon share tanda suka
Anak-anak juga kadang-kala menginginkan ruang bilik yang cantik bukan sahaja untuk kepuasan diri, tetapi juga untuk keselesaannya. Tambahan pula kalau deko bilik itu menepati citarasanya, bertambah gembira hati si kecil. Disebabkan itu, Emma Villa melalui FB group ‘Kelab Dekorasi IKEA Malaysia’ membuat satu ruang ala-ala ruang solek dalam bilik tidur anak perempuannya yang kini berusia 8 tahun. Dia memilih konsep yang simple, mudah dan menjimatkan ruang mengikut kesesuaian usia anaknya. Barang-barang dan aksesori yang diletakkan pun tak banyak bersesuaian dengan anak kecil yang tidak memerlukan hiasan yang ‘grand’. Asalkan nampak cantik di matanya sudah memadai.
  • Kerusi berketinggian 30 cm dari IKEA
  • Karpet mini berbulu bersaiz 40 cm dibeli di Shopee. Terdapat juga di Lazada, Ali Express dan EZBuy
  • Rak dari IKEA (ambil yang murah) dicat putih
  • Cermin bulat tanpa frame bersaiz 30 cm berharga RM 25 – 29 dari HomePro dan disangkut pada paku
  • Bekas lutsinar bertingkat berharga RM 15 – 18 dari Mr DIY
  • Lampu burung flamingo dari Kaison
Aksesori di bawah sekali itu merupakan pengilat kuku peel-off dari Shopee. Ada yang berharga RM 3 satu (sewaktu promosi) dan RM 1 satu (sewaktu penghabisan stok).
  • Sarung bantal dari kedai cadar Myhome One
  • Tirai katil dari IKEA
  • Cadar katil beropol putih yang dibeli 1 set dengan alas quilt dari MySale.com. Untuk pembelian online, boleh cari ‘ruffle bedding’ di Ebay
Sarung kusyen ditempah melalui rakannya kemudian dijahit sendiri.
Kredit: Emma Villa

Tags: #idea deko bilik tidur anak #idea ruang vanity #tema white and pink

Deko Rumah Kampung Berkonsepkan Bohemian Melayu Klasik Terbuka Tona Earth
Mohon share tanda sukaApabila suka tinggal dalam kampung kerana suasananya, ia turut ingin
Dekorasi Rumah Berkonsepkan Campuran Minimalis Scandi, Industrial & Vintage
Mohon share tanda sukaApa-apa barang dalam rumah terutamanya dekorasi perlu bukan sekadar deko
Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi
Mohon share tanda sukaSebuah rumah 2 tingkat di Pasir Gudang, Johor telah direnovasi
Dekorasi Rumah Ini Berkonsepkan Minimalis Kerana ‘Less Is More’ & Mudah Urus
Mohon share tanda suka‘Less is more’ dan mudah diurus. Itu sebabnya sebuah rumah

Comments are closed.