Memilih Konsep ‘Luar Setinggan Dalam Kondo’, Jangan Pandang Pada Luaran Rumah Papan Ini

Seperti tajuk perkongsian kali ini, sememangnya anda jangan memandang pada luaran rumah papan ini kerana pandangan di dalamnya sangat berbeza. Rumah yang disewa oleh Emma Syahira Abd Halim dan keluarga kecilnya ini pernah viral suatu ketika dahulu disebabkan dekorasinya yang cantik dan tidak kelihatan seperti sebuah rumah kampung. Memilih konsep ‘luar setinggan dalam kondo’, Puan Emma sekali lagi berkongsi idea dekorasi rumah papannya yang telah mengalami pengubahsuaian, kali ini menggabungkan warna hijau, kuning dan kelabu. Puan Emma berharap agar dekorasi rumahnya ini dapat menjadi inspirasi pada ramai orang.
Antara barangan yang digunakan:
Sarung kerusi rotan – Jahit sendiri
Sarung sofa – DIY menggunakan stapler gun
Sarung bantal – Shopee
Bantal silver – Mr. DIY
Langsir – Romantika
Alas meja – Shopee
Karpet – Shopee
Cermin – Kedai Eco
Gam cermin – Tape 3 m dari kedai hardware
LED – Mr. DIY
Lampu dinding – DIY dari barang kedai Eco
Cat – Sancora Wood & Metal Paint (Gloss Guard) kod warna Mirage
Kerusi rotan – Preloved
Kerusi pengantin – Preloved
Rak bertingkat – IKEA
Rak cermin – IKEA
Meja – IKEA
Kerusi Smiley – Romantika
Bekas lampu viral – Romantika
Karpet berbulu – Romantika
Hiasan frame – Ambil dari Google dan Pinterest kemudian dicetak sendiri
Kredit: Emma Syahira Abd Halim
Scroll to Top