Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»10 Tips Mudah Deko Rumah Sewa Untuk Pasangan Baru Berkahwin
    Idea Dekorasi

    10 Tips Mudah Deko Rumah Sewa Untuk Pasangan Baru Berkahwin

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 14, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Sesuatu yang normal apabila pasangan suami isteri yang baru berkahwin untuk menyewa rumah terlebih dahulu sebelum memiliki rumah sendiri. Walaupun rumah itu berkeluasan kecil seperti flat atau apartment, ia tidak begitu penting kerana gaya kehidupan yang bakal dijalani bersama-sama yang perlu diambil berat. Sungguhpun begitu, rumah yang kemas, teratur dan cantik juga menjadi faktor keselesaan dan keharmonian rumahtangga. Disebabkan itulah, kami ingin berkongsi 10 tips mudah untuk deko rumah sewa bagi pasangan yang baru berkahwin.
    1. Pilih konsep yang diinginkan melalui perbincangan bersama. Sekiranya pasangan mahukan konsep yang berlainan, gabungkan kedua-duanya mengikut kesesuaian.
    VIEW IN GALLERY
    2. Kerap merujuk sumber-sumber dari majalah, televisyen dan media sosial untuk mencari idea dekorasi.
    3. Utamakan keperluan-keperluan rumah asas yang penting seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Setelah itu, baru fokuskan kepada hiasan dekorasi untuk rumah.
    4. Rajinkan diri untuk mengunjungi kedai perabot, pasaraya atau expo-expo rumah untuk mendapatkan idea, membandingkan harga dan melihat sekiranya terdapat tawaran potongan harga pada barangan-barangan rumah.
    VIEW IN GALLERY
    5. Nak lebih jimat, DIY atau kitar semula barangan terpakai atau barangan yang sudah tidak digunakan menjadi salah satu hiasan dekorasi menarik dalam rumah.
    6. Perkara paling penting adalah sentiasa memastikan rumah dalam keadaan kemas, baik, bersih dan selesa.
    VIEW IN GALLERY
    7. Boleh juga gunakan bakat DIY anda untuk membuat hiasan menarik pada dinding, atau meletakkan lukisan yang dilukis sendiri.
    VIEW IN GALLERY
    8. Selain mengunjungi kedai, rajinkan juga diri untuk membuat perbandingan harga perabot secara online. Ini kerana terdapat perabot yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding di kedai.
    9. Boleh mengecat sendiri rumah anda kerana lebih menjimatkan.
    VIEW IN GALLERY
    10. Untuk perkakas-perkakas dapur seperti bekas makanan, pilih jenis dan warna yang sama supaya lebih seragam.
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: ZBS Furnishings & Interiors
    idea deko rumah tips deko rumah sewa tips untuk pasangan baru berkahwin
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMemilih Konsep ‘Luar Setinggan Dalam Kondo’, Jangan Pandang Pada Luaran Rumah Papan Ini
    Next Article DIY Kreatif Hiasan Dinding Guna Bahan Mudah Jumpa. Hasil Lawa!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.