Idea Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Kos Rendah. Gaya Simple Tapi Mewah

Perkongsian kali ini mahu memberikan idea kepada anda untuk mendeko rumah jenis teres 2 tingkat kos rendah, dengan gaya yang simple tetapi tetap kelihatan mewah. Idea dekorasi rumah teres 2 tingkat ini diberikan sedikit kelainan dari segi pemilihan warna, pemilihan perabot, aksesori dapur dan juga dekorasi yang menarik di bilik kanak-kanak.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Dekorasi ruang tamu dan dapur rumah teres 2 tingkat ini lebih kepada gaya minimalis moden dengan penggunaan perabot yang simple, kabinet dapur warna kayu iaitu birch, sedikit warna putih dan aksesori pemegang berwarna hitam.

VIEW IN GALLERY

Untuk bilik tidur utama, penggunaan warna gelap adalah untuk menghasilkan suasana romantis, dengan gabungan sedikit warna kuning pada katil sebagai warna tumpu di ruang tersebut dan juga wainscoating pada dinding utama. Suasana yang mewah dan gelap ini juga dapat memberi kesan relaks dan ‘nyaman’ seperti suasana di spa setelah letih bekerja seharian.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Dalam bilik kanak-kanak lelaki, untuk membuatkan ruang ini menarik, corak berbentuk bangunan pada dinding dengan warna biru dihasilkan. Selain itu, sebuah jaring bola keranjang diletakkan untuk melatih kanak-kanak untuk mengasingkan baju kotor mereka dengan cara yang tidak membosankan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Untuk bilik kanak-kanak perempuan pula, warna merah jambu lembut dipilih sebagai warna dinding utama, meja belajar yang mempunyai roda dan juga ruangan bermain diletakkan khemah dan papan hitam. Kepada anda yang sedang mencari idea dekorasi rumah teres 2 tingkat, bolehlah cuba jadikan idea deko ini sebagai inspirasi.

Kredit: Muhammad Arif

Scroll to Top