Setiap orang pasti mempunyai angan untuk mendekorasi rumah mengikut gaya-gaya tertentu. Begitu juga dengan seorang wanita ini iaitu Qynn Shikin yang berangan-angan untuk mendeko rumahnya dengan gaya boho. Ini kerana baginya, konsep tersebut adalah bebas, penuh seni yang tersendiri dan berjiwa. Walaupun masih jauh untuk mencapai deko gaya boho, dia tetap berkongsi hasil ruang rumahnya yang didekorasi ala-ala gaya tersebut.
Cat dinding menggunakan jenama Maxilite kod warna Earthy.
Hasil Dekorasi Ruang Dalaman Ala Boho
Frame tersebut asalnya adalah frame ayat suci kalimah Allah dan ayat 1000 Dinar. Frame dari kedai pakistan manakala tekat benang emas di dalamnya adalah kepunyaan arwah ibunya.
Frame dicat spray (dari Mr. DIY) kepada warna nude gold, kemudian dinding di-drill untuk digantung.
Lampu dari IKEA.
Meja makan asalnya kaca, kemudian ditampal dengan vinyl.
- Kerusi berharga RM 399 dari Shah Khaleed (Facebook)
- Crochet berharga RM 19 dari kedai bundle
- Tempat gantung pokok dari Instagram. Di Shopee, cari ‘macrame plant hanging’
Aksesori dinding dari kedai rotan, Kuala Kangsar. Kemudian, dilekatkan menggunakan gam ivy.
Cermin bulat di-DIY menggunakan cekak kanak-kanak dari kedai Eco.
- Kusyen dari kedai Eco
- Karpet dari Shopee
- Kerusi rotan (preloved) berharga RM 50 dari Marketplace Facebook
- Langsir dijahit sendiri
Karpet bulat dianyam sendiri.
- Rak bertingkat jenama Lerberg dari IKEA
- Kerusi rotan dari Shopee
Bakul sampah di-DIY menggunakan tali jute.
Lantai yang asalnya tikar getah, dipasang vinyl berharga dalam RM 115 dari Valoobuy. 4 kotak (36 keping sekotak) digunakan.
Karpet ruang makan dihasilkan sendiri dari tali jute.
Penuh dengan elemen kreatif dan menarik yang dihasilkan sendiri oleh tuan rumah. Hasil yang cantik mata memandang.
Kredit: Qynn Shikin