Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Baca Tips Ini Untuk Jimatkan Ruang Dalam Bilik Tidur Supaya Lebih Kemas
    Bilik Tidur

    Baca Tips Ini Untuk Jimatkan Ruang Dalam Bilik Tidur Supaya Lebih Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 12, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Perlukan idea deko bilik tidur yang jimat ruang? Baca perkongsian Hani Mynis ini di bawah. Bukan sahaja jimat ruang, malah cantik dan kemas.
    •  Katil/tilam – Untuk mereka yang mempunyai banyak barang, pilih katil yang mempunyai ruang penyimpanan tambahan yang tersembunyi. Seperti katil Puan Hani yang terdapat ruang penyimpanan di kepala katilnya untuk dia menyimpan kusyen dan selimut tambahan. Di bawah katilnya pula tersimpan baby cot dan beberapa bingkai gambar yang sudah tidak digunakan. Selain itu, kedudukan katil disusun menjauh sedikit daripada dinding untuk memudahkan anda menukar cadar (sekurang-kurangnya seminggu sekali).
    VIEW IN GALLERY
    Gunakan cadar jenis patchwork kerana lebih mudah untuk dikemas, dan langsir jenis “black out curtain” untuk suasana bilik tidur yang nyaman.
    • Meja sisi – Seperti katil, pilih meja sisi yang mempunyai ruang penyimpanan seperti laci. Lebih praktikal, sediakan 2 buah meja sisi untuk asingkan barang-barang kepunyaan suami dan isteri. Meja sisi Puan Hani ini dari IKEA jenama Lennart yang dicat spray berwarna gold dan dipasang tombol pada laci pertama.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Sebagai tambahan, letakkan tempat simpanan di kaki katil menggunakan foldable stool untuk kelengkapan tidur seperti set cadar dengan sarung bantal, selimut, bantal, tuala dan sebagainya.
    • Meja solek – Pilih yang mempunyai banyak ruang penyimpanan. Puan Hani menggunakan 2 buah rak jenama Lerberg dari IKEA dan satu laci yang asalnya dari almari pakaian. Laci itu dipasang wallpaper dan disangkut pada dinding untuk dijadikan meja solek. Pastikan barang-barang di rak disusun cantik dan kemas memandangkan ianya jenis terbuka.
    VIEW IN GALLERY
    • Ruang solat – Pastikan ruang bilik mencukupi untuk menunaikan solat dan ada rak atau penyangkut untuk kelengkapan solat. Puan Hani menggunakan tangga hiasan dari Shopee untuk menyangkut sejadah dan telekung.
    VIEW IN GALLERY
    • Almari pakaian (optional) – Pilih almari yang tinggi dan mempunyai tempat penyimpanan di atasnya. Jika tiada, pastikan tempat simpanan dibuat seakan ia sebahagian dari deko. Untuk bilik tidur utama, elakkan meletakkan barang di atas almari untuk ruang kelihatan lebih kemas. Bagi mereka yang ingin menambah kabinet pada almari, pastikan kabinet mencecah siling untuk memaksimumkan penggunaan ruang.
    VIEW IN GALLERY
    • Barang perhiasan – Minimumkan barang-barang deko dalam bilik. Biarkan hanya ada satu bingkai gambar atau beberapa hasil seni di atas kepala katil, sepasang lampu tidur, bunga hiasan dan beberapa barangan penting di meja sisi.
    VIEW IN GALLERY
    • Warna bilik – Untuk menampakkan ruang bilik yang luas, gunakan warna putih, atau warna yang berasaskan biru seperti biru laut, navy blue dan turquoise.
    Kredit: Hani Mynis
    idea deko bilik tidur idea susun atur barang tips jimat ruang
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY ‘Wall Organizer’ & Botol Kaca Hiasan Guna Barang Sedia Ada Je
    Next Article Deko Berkonsepkan Inggeris Dalam Rumah Kayu

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.