Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Deko Berkonsepkan Inggeris Dalam Rumah Kayu
    Idea Dekorasi

    Deko Berkonsepkan Inggeris Dalam Rumah Kayu

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 12, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sudah banyak kali kita melihat rumah yang pada luarannya biasa sahaja tetapi di dalamnya sangat berbeza. Kreativiti dan idea tuan rumah membuatkan kita berasa terpegun dan terinspirasi untuk melakukan hal yang sama seperti mereka. Siapa tak mahu rumah yang dideko cantik walaupun luarnya tidak secantik rumah-rumah yang mewah kan.

    Fazilawati Besah atau nama Facebooknya ‘Kasih Abadi’ tinggal di sebuah rumah kayu bersama suami dan anak-anaknya. Namun, deko pada ruang dalaman rumahnya akan membuatkan kita terasa berada di rumah yang berbeza. Ini kerana Puan Fazila menerapkan unsur Inggeris dalam konsep deko rumah kayunya. Bercerita mengenai sedikit sejarah rumah ini, ia merupakan sebuah rumah sewa kampung dalam bandar yang telah diduduki selama 23 tahun oleh Puan Fazila sekeluarga.

    VIEW IN GALLERY

    Rumah yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang perabot asas yang lengkap, telah ditambah dan dihias sedikit demi sedikit. Puan Fazila juga mengecat sendiri rumahnya daripada warna krim, ditukar kepada warna oren dan kuning, dan yang terkini menggunakan warna biru muda.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bukan itu sahaja, Puan Fazila juga diberi kepercayaan penuh oleh ahli keluarganya untuk menentukan konsep dan dekorasi pada rumah mereka. Lantas dia memilih gaya deko Inggeris yang kena dengan citarasanya yang sukakan kecantikan dan ketenangan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bercakap mengenai tips pengurusan rumah yang rapi pula, Puan Fazila hanya mengingatkan kita supaya sentiasa rajin mengemas rumah. Satu tips untuk mereka yang tinggal di rumah papan, lap dinding rumah dengan air sabun untuk cat kembali cantik.

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Kasih Abadi

    idea deko menarik idea deko rumah konsep english style
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBaca Tips Ini Untuk Jimatkan Ruang Dalam Bilik Tidur Supaya Lebih Kemas
    Next Article Idea Deko Ruang Tamu Rumah Flat Yang Menenangkan

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.