Idea Dekorasi

Beli Sejak 2015, Ini Hasil Dekorasi Rumah Sewa Flat Guna 90% Barangan IKEA

Kualiti produk IKEA membuatkan seorang wanita bernama Siti Sara menggunakan barang-barang mereka untuk rumah sewa jenis flat dengan 2 buah bilik. Boleh dikatakan 90% adalah barangan IKEA yang dibeli sedikit demi sedikit sejak tahun 2015. Menurutnya, walaupun sudah beberapa kali berpindah, barang-barang tersebut masih elok.

Hasil Dekorasi Flat Menggunakan 90% Barangan IKEA

VIEW IN GALLERY

Antara dari IKEA:

– Katil kanak-kanak jenama Kritter (diubahsuai menjadi day bed)

– Sofa jenama Karlstad berharga dalam RM 700 lebih

– Rak jenama Vesken

– Langsir putih jenama Vivan

– Langsir jaring

– Karpet

– Kabinet dapur jenama Knoxhult dan sinki jenama Havsen berharga RM 1940 (pemasangan sendiri oleh suami)

– Lampu warm white (bawah kabinet)

VIEW IN GALLERY

Tiang menggunakan batang paip besi. Buatkan tapak untuk dilekatkan ke dinding.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Dinding TV dan pembahagi (untuk menutup pandangan pintu bilik air) dihasilkan sendiri oleh suami.

Rumahnya tidak mempunyai banyak barang kerana dia melakukan pemeriksaan pada 3 – 6 bulan sekali. Yang sudah tidak elok dan rosak dibuang manakala yang elok dan jarang digunakan diberikan kepada orang lain.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

  • Wallpaper bercorak marble dan dapur memasak jenama Zanussi berukuran 50 cm x 55 cm x 86 cm berharga RM 1200 (termasuk kos penghantaran) dari Shopee
  • Stiker mat lantai (untuk dapur) dari kedai Eco

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Selamat mendekorasi rumah!

Kredit: Siti Sara