Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Bentuk Peribadi Anak Dengan Mendidik Mereka Jaga Kekemasan Rumah
    Idea Dekorasi

    Bentuk Peribadi Anak Dengan Mendidik Mereka Jaga Kekemasan Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 3, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pepatah ini sering dikaitkan dengan cara didikan seseorang terhadap anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Ini kerana usia sebegitu lebih cenderung untuk memerhati dan mengikuti setiap perlakuan dan pertuturan orang yang lebih dewasa, ini termasuklah gaya kehidupan kita dan pengurusan rumah. Ada yang beranggapan bahawa rumah yang mempunyai anak kecil tidak perlu dihias kerana mereka akan menyepahkan kawasan rumah. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Khairunnisa Hamzah yang merupakan seorang konsultan deko ada menjelaskan dan membetulkan tanggapan tersebut.
    Peribadi ibu bapa akan mempengaruhi peribadi anak-anak. Oleh itu, penting untuk kita mendidik mereka sejak kecil untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah. Oleh sebab itulah rumah perlu didekorasi dengan sebaiknya walaupun ada anak kecil kerana kecantikan itu juga sesuatu yang dituntut dalam agama. Apabila anak-anak membesar dalam persekitaran yang baik, mereka akan terbiasa untuk menjaga kekemasan dalam rumah apabila sudah dewasa.
    VIEW IN GALLERY
    Bagi anak kecil, mereka perlu dilatih dan diajar oleh ibu bapa kerana minda mereka belum mencapai tahap seperti orang dewasa. Tetapi, kita perlu berulang-ulang kali melatih dan memesan sehingga mereka boleh berdikari dan melakukan sendiri tanpa bantuan ibu bapa.
    VIEW IN GALLERY
    Sebagai latihan awal, Puan Nisa menyarankan agar ibu bapa menyediakan kelengkapan dan peralatan untuk anak-anak di rumah. Ini bermaksud, wujudkan ruang ‘rumah’ mereka sendiri supaya mereka boleh melakukan segala urusan dengan sendiri seperti:
    VIEW IN GALLERY
    1. Tidur dan bangun di tempat tidur
    2. Berus gigi, buang air dan mandi
    3. Ambil wuduk, pakai telekung dan hampar sejadah
    4. Ambil pakaian dan pakai
    5. Bersikat, berdandan dan berkemas
    6. Ambil buku, permainan, dan membuat latihan di meja belajar
    7. Ambil pinggan, cawan, makanan, minuman dan duduk di tempat makan
    8. Cuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan
    9. Ambil tisu dan kain lap untuk lap tempat makan
    10. Ambil biskut, roti, buah dan makanan ringan lain
    VIEW IN GALLERY
    Untuk membolehkan mereka melakukan rutin harian dengan sendiri, ruang ‘rumah’ itu perlu dibina mengikut aras ketinggian anak-anak. Ini bermaksud, setiap kelengkapan dan keperluan mereka perlu diletakkan pada tempat yang mudah untuk dicapai. Selepas ini, mereka tidak perlu lagi meminta pertolongan ibu bapa setiap kali nak mengambil barangan yang mereka perlukan.
    VIEW IN GALLERY
    Menurut Puan Nisa, ibu bapa perlu merancang dan meneliti setiap keperluan anak-anak yang dapat membantu memudahkan pergerakan mereka.
    VIEW IN GALLERY
    Tetapi, pesan Puan Nisa, ruang ‘rumah’ untuk anak juga perlu didekorasi kerana ia juga sebahagian daripada kekemasan rumah.
    Kredit: Khairunnisa Hamzah
    idea deko ruang untuk anak-anak tips supaya anak berdikari tips untuk ibubapa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePokok Berubah Kuning Tanda Nak Mati? Baca Dulu Perkongsian Ini
    Next Article DIY Hiasan Bunga Daripada Sabun. Berseni Sungguh!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.