Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Berbulan-Bulan Deko Rumah, Tapi Hasil DIY Guna Barang Terpakai Ni Kreatif Betul!
    DIY

    Berbulan-Bulan Deko Rumah, Tapi Hasil DIY Guna Barang Terpakai Ni Kreatif Betul!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 2, 20201 Comment2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak mendeko rumah ni memang akan mengambil masa yang agak lama. Nak tetapkan tema dan konsep, tetapkan susun atur perabot, bawa masuk hiasan dan aksesori deko dan bermacam-macam lagi perkara yang perlu diambilkira. Seperti kisah Noor Sarah yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan dekorasi dalam rumahnya disebabkan keliru dengan tema yang dimahukannya. Ini menyebabkan urusan mendeko menjadi terbengkalai dan tertangguh lama.

    Namun selepas itu, dia kembali kepada tugasnya dan hasilnya sangat mengagumkan. Ini kerana, yang menariknya tentang deko rumah ini adalah, setiap sudut telah dideko sendiri menggunakan barang terpakai sahaja. Idea-idea kreatif Puan Sarah telah ‘menyelamatkan’ bajetnya dan juga barang-barang yang sudah rosak. Daripada dibuang begitu sahaja, dia mengubahsuai barangan tersebut menjadi sebahagian dari dekorasi. Menurutnya, walaupun dia berdepan kesukaran sepanjang proses DIY tersebut, itu tidak menghalangnya untuk menambah apa-apa dekorasi yang dirasakannya tidak lengkap.

    VIEW IN GALLERY

    • Corak dinding dibuat sendiri dengan membuat garisan menggunakan permanent marker. Setiap jarak berukuran 6 inci
    • Black mounting board iaitu kertas tebal dari kedai buku ditampalkan cermin di atasnya, kemudian ditampal pada dinding
    • Frame dan cermin dari kedai Eco
    • Meja kopi DIY dari kayu pallet

    VIEW IN GALLERY

    Tangga yang sudah tidak boleh dipakai digunakan sebagai tempat hiasan pokok.

    • Rumput dari kedai bunga. Kain guni dipotong untuk meletakkan rumput dan bunga-bunga kecil
    • Kotak laci dari mesin jahit lama
    • Bunga-bunga terpakai dan ada juga yang dibeli

    VIEW IN GALLERY

    Kotak dan meja rotan lama. Kotak diisi dengan buluh dan ranting lama.

    VIEW IN GALLERY

    Bunga hijau beserta daun dari kedai Eco, dan jambak-jambak bunga dari kedai bunga.

    VIEW IN GALLERY

    Barang-barang lama dan terpakai digunakan iaitu bunga, daun tingkap, mesin jahit yang diletakkan kayu pallet terbuang, kotak, kepala paip, kotak kayu, pasu tembaga dan jam dinding. Jam dideko untuk menampakkan kelainan.

    Belanja dikeluarkan untuk menambah sedikit barangan deko dari kedai murah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Sudut ini mengambil masa agak lama disebabkan banyak kali bertukar deko. Asalnya, dia ingin mendeko ala-ala nesting box, tetapi akhirnya dilakukan mengikut citarasanya sendiri sahaja.

    Kotak menggunakan kayu syiling.

    Kredit: Noor Sarah Noor Sulaiman

    deko rumah kreatif idea deko rumah idea diy deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKonsep Dapur Terbuka Untuk Ruang Rumah Yang Terhad. Yang Penting Kemas!
    Next Article Cubaan Pertama Deko Rumah Teres Bagi Nampak Luas, Konsep Ala-Ala Minimalis

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.