Cara Mudah Bersihkan Minyak Tumpah Pada Lantai – Sewaktu sedang sibuk berkemas di dapur, secara tidak sengaja anda terpecahkan botol atau plastik minyak masak, lalu tertumpah di atas lantai. Habis ‘banjir’ lantai dengan minyak tersebut. Pernah mengalami situasi yang tidak menyeronokkan begini? Oleh itu, melalui laman Facebook, seorang chef bernama Chef Ashiqin berkongsi salah satu tip dan tutorial mengenai cara hendak membersihkan tumpahan minyak di atas lantai ini, hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur.
Cara Membersihkan Tumpahan Minyak Di Lantai
Ini adalah minyak gamat.
Pertama, taburkan apa-apa jenis tepung dengan banyak.
Sekiranya terus dilap dahulu dengan kain atau tisu, ia akan meninggalkan kesan yang lebih beminyak. Apabila dimop, kesan tersebut akan melekat padanya.
Biarkan dalam 30 – 40 saat.
Kemudian, pakai sarung tangan dan gaulkan sehingga menjadi ketulan, lalu memudahkan ia tertanggal dari lantai.
Akhir sekali, barulah boleh mengelap lantai dengan tisu dan mencucinya seperti biasa. Mudah sahaja, kan.
Jadi, mari sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.
Kredit: Chef As – As Homemade