Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Taman»Cara Penjagaan Pokok Fiddle Fig Supaya Tumbuh Subur
    Taman

    Cara Penjagaan Pokok Fiddle Fig Supaya Tumbuh Subur

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 24, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila kita berhasrat untuk meletakkan tanaman-tanaman pokok dalam kawasan rumah sama ada di luar mahupun dalam rumah, kita mesti mengambil tahu cara penjagaan mereka supaya tidak lah membazir kita membelanjakan duit untuk membeli mereka. Walaupun dengan adanya tanaman ini untuk menghiasi ruang rumah, tidak semestinya kita tidak perlu ambil peduli dengan keadaan mereka kerana pokok juga perlu dijaga dengan baik seperti manusia. Khusus untuk pokok Fiddle Fig atau dalam bahasa Melayunya, pokok ketapang, bagi mereka yang berminat atau sudah mempunyai tanaman pokok ini di rumah, boleh baca perkongsian daripada Yatie Mawar mengenai cara penjagaan mereka supaya ia tumbuh lebih subur dan tahan lama.

    1.Pencahayaan

    VIEW IN GALLERY

    Walaupun fiddle fig merupakan pokok jenis indoor iaitu di dalam rumah, tetapi tidak semestinya mereka tidak memerlukan cahaya matahari. Seperti tanaman pokok yang lain, mereka juga memerlukan cahaya matahari secara tidak langsung untuk terus ‘bernafas’. Oleh itu, pastikan lokasi meletak fiddle fig terdedah kepada sumber cahaya matahari seperti di tepi tingkap. Sekiranya tiada lokasi yang bersesuaian, sekali-sekala letakkan mereka di kawasan yang terkena cahaya matahari.

    2. Air

    VIEW IN GALLERY

    Fiddle fig tidak perlu disiram pada setiap masa dan setiap hari, kerana bimbang jika terlebih air, akarnya boleh membusuk seterusnya merosakkan pokok itu sendiri. Tetapi, jangan pula dibiarkan tanahnya menjadi terlalu kering. Oleh itu, hanya pastikan mereka mendapatkan air dalam sukatan secawan, 3 ke 4 kali dalam seminggu.

    3. Baja

    VIEW IN GALLERY

    Tips untuk pokok ini supaya meninggi, boleh cuba bajakan mereka dengan air cucian beras sekali-sekala dalam seminggu atau 2 minggu sekali.

    4. Belai

    VIEW IN GALLERY

    Maksud belai di sini adalah dengan memastikan fiddle fig sentiasa dalam keadaan yang baik. Sekiranya terdapat daun yang bertukar kekuningan, buang sebelum ia merebak ke daun-daun lain. Selain itu, dahan yang rosak perlu dipotong supaya pucuk baru boleh tumbuh (ini sekiranya pokok sudah membiak besar).

    5. Lap

    VIEW IN GALLERY

    Apabila pokok disimpan di dalam rumah, daunnya boleh terkena habuk seperti barang-barang yang lain. Jadi, rajinkan diri untuk mengelap mereka dengan kain lembab, atau letakkan minyak pada tisu dan lap untuk pokok kelihatan berkilat.

    Kredit: Yatie Mawar

    idea deko rumah idea tanaman pokok tips penjagaan fiddle fig
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUbahsuai Dapur Dari Bersepah Terus Jadi Tenang Mata Memandang
    Next Article Deko Rumah Bercirikan Melayu Moden Yang Minimalis. Klasik!

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    Wujudkan Rumah Yang Lebih Ceria & Gembira Dalam Design Dengan 5 Estetika Ini

    June 28, 2023

    Dekorasi Rumah Kondominium Berkonsepkan Terbuka Dengan Cahaya Semulajadi

    June 25, 2023

    Dekorasi Rumah Kondominium Berkonsepkan Terbuka Dengan Cahaya Semulajadi

    June 25, 2023

    11 Idea Warna Cat Moody Terbaik Untuk Rumah. Perlu Cuba Untuk Projek Seterusnya

    June 22, 2023

    8 Idea Warna Cat Neutral Pada Dinding Yang Terbaik & Sesuai Untuk Setiap Rumah

    June 15, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.