“Dah tak perlu pakai tikar getah dah”. Ini yang dikatakan oleh Hunny Wanny apabila dia membuat keputusan untuk memasang vinyl pada lantai ruang tamu rumahnya. Ceritanya, sewaktu pembinaan rumah kampung ini pada 2 tahun lepas, mereka kekurangan modal untuk memasang mozek, lalu tikar getah digunakan. Tetapi semakin lama ia bertukar mengembung yang menyebabkan pandangannya menjadi kurang senang. Selepas dalam setahun lantai berkeadaan begitu, Hunny mencari jalan penyelesaian melalui group deko dan menemui penggunaan cat epoxy pada lantai yang popular ketika itu.
Dengan modal RM 300, cat epoxy tersebut lama-kelamaan menjadi tertanggal. Sebagai jalan penyelesaian kali kedua, dia kembali kepada group deko di FB dan terbaca sebuah ‘posting’ yang berkongsi mengenai lantai vinyl dari kedai RM 2 yang setanding dengan Shopee atau Lazada. Disebabkan kes covid yang semakin meningkat dan banyak masa diluangkan di rumah, dia meminta suaminya untuk membeli lantai vinyl tersebut untuk ruang tamu mereka, dengan modal RM 327 untuk 156 keping.
Bukan mudah untuk mengikis semula dan membuang cat epoxy yang sudah disapu pada lantai.
Katanya, untuk memasang vinyl ini memerlukan sepenuh kesabaran. Selain itu, ia perlu disusun dahulu untuk melihat pada kesesuaian ruang, baru mudah untuk memasangnya selepas itu. Memandangkan suaminya lebih mahir, urusan pemasangan diserahkan kepadanya.
HASILNYA:
Rak dari IKEA.
Corak dinding dibuat sendiri menggunakan cat.
Walau apapun, ia mendatangkan kepuasan hati apabila melihat hasil akhirnya. Rumah pun nampak cantik dan kemas.
Kredit: Hunny Wanny
Gallery of Cat Terkeluar Pakai Epoxy, Tukar Pada Vinyl Kedai RM 2 Lebih Puas Hati
Tags: #hasil pasang vinyl floor #idea deko ruang tamu #ubahsuai lantai ruang tamu