Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Dapat Bina Rumah Di Tanah Sendiri, Ini Hadiah Anniversary Ke-9 Paling Best
    Idea Dekorasi

    Dapat Bina Rumah Di Tanah Sendiri, Ini Hadiah Anniversary Ke-9 Paling Best

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 22, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Mungkin ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan yang paling tidak akan dapat dilupakan oleh pasangan ini, apabila berjaya membina sebuah rumah sendiri di tanah sendiri. Pembinaan rumah kos rendah yang terletak di Karangan, Kulim, Kedah ini menelan kos sebanyak RM 80K, yang termasuk sedikit pengubahsuaian yang dilakukan. Rumah ini berkeluasan 1000 sqft lebih termasuk kawasan di luarnya dan mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah tandas. Cerita tuan rumah, sebelum mereka berpindah ke rumah ibu mereka, semua barangan perabot telah dijual kerana tidak ada rancangan untuk membuat rumah. Walaubagaimanapun, 2 bulan kemudian, mereka akhirnya berjumpa dengan kontraktor yang sanggup membantu mereka.

    Dengan simpanan yang ada, mereka akhirnya dapat memiliki sebuah kediaman sendiri. Proses dekorasi dan menambah kawasan rumah dilakukan sedikit demi sedikit dan sudah hampir siap untuk dekorasi dalaman. Kini, fokus beralih kepada projek di luar rumah yang dilakukan oleh si suami iaitu sebuah ‘private garden’ dan kolam ikan, dan urusan deko pula bakal diambilalih oleh si isteri.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Pintu ini merupakan projek DIY si isteri. Bahan-bahan yang digunakan adalah:

    – Lubang intai dan pengetuk pintu berharga RM 8 dari Shopee

    – Kayu berharga RM 20

    – Gam kayu X-Bond

    – Cat minyak jenama Cap Bunga Raya berwarna Dark Grey

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Lantai vinyl (seperti lantai hospital) digunakan kerana mudah dijaga.

    VIEW IN GALLERY

    Di bahagian counter bar, tuan rumah merancang untuk menambah dinding tetapi memandangkan mereka juga bercadang untuk menambah ruang dapur di belakang rumah, mereka mengambil keputusan untuk membuat bahagian itu berkonsepkan ‘open kitchen’. Jadi, urusan memasak akan dilakukan di luar rumah. Counter bar berukuran 246 x 2.8 cm berharga RM 290 dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Karpet dari Karpet Prima, Nilai 3.
    Kredit: Rahmah Rahman
    idea deko rumah inspirasi deko rumah projek bina rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleComel & Pandai Manfaatkan Ruang, Ini Deko Ruang Laundry & Dapur Basah
    Next Article ‘Makeover’ 2 Buah Tandas Apartment 900 Sqft Menjadi Tandas Idaman

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.